" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 23, 2011

BN dialu-alukan contohi polisi ekonomi Pakatan Rakyat

Oleh Dzulkefly Ahmad

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kesedaran terlewhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj1rZl94OBLuDbbzhsrXSD-Anzst7xvPq-4gehYOEckW09Hno3y4ZUtr0sQ3wpOkWa2jRUtr1tI5S2g5PhsYEwZjmE8ryJOamt5n8R0pncBfcsmvBvd5KxaEGZpAtFVpF4nNg84KxmUeA/s1600/865graph.jpgat oleh Barisan Nasional mengenai betapa peripentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Disebalik topeng projek-projek infrastruktur mega yang dijulang dan digemari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah sebuah Negara Malaysia yang sebenarnya amat sederhana pencapaiannya.

Beratus billion telah dihabiskan untuk berbagai rancangan induk dan projek mega tetapi hakikatnya:

· Lebih dari separuh - 60% - dari isirumah rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan;


· Hampir separuh – 43% - dari isirumah rakyat Malaysia berhempas-pulas melangsungkan kehidupan dengan hanya RM1,500 ke bawah setiap bulan. Daripada jumlah tersebut, ¾ ataupun 73% adalah bumiputera.

Aspek paling penting dalam Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012, dengan judul yang tepat sekali iaitu Kesejahteraan Untuk Semua, ialah:
· Fokusnya adalah untuk membangunkan manusia iaitu rakyat jelata Malaysia, bukannya projek-projek; dan


· Memberi penekanan kepada kerja-kerja yang mengangkat martabat manusia, penggajian yang adil dan saksama serta peluang-peluang mencari rezeki untuk semua golongan rakyat terutamanya, rakyat biasa Malaysia dan bukan hanya untuk golongan elit yang mempunyai jaringan pengaruh meluas.

Sekiranya diberi peluang oleh rakyat, Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan merombak secara menyeluruh dasar-dasar kerajaan BM ini agar dapat meningkatkan pendapatan boleh guna 60% dari rakyat Malaysia kepada satu keadaan di mana mereka boleh membangunkan satu kehidupan yang mengangkat martabat manusia dan meningkatkan kedudukan kewangan mereka juga. Ini secara langsungnya akan meningkatkan penggunaan domestik dalam satu cara yang mampan; seperti makna pepatah Inggeris iaitu “air yang pasang akan mengangkat kedudukan semua bot".

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam mengumumkan yang (PEMANDU) telah ditugaskan untuk mengkaji langkah baru membantu meringankan kos sara hidup meningkat bagi yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.

Ini ialah kali ketiga dalam satu bulan, Kerajaan Barisan Nasional telah terpaksa memberi reaksi kepada pengumuman-pengumuman ekonomi oleh Pakatan Rakyat dengan meniru cadangan-cadangan yang diutarakan . Dua peristiwa yang lain sebelum ini ialah pengumuman satu lagi NKRA yang baru mengenai kos sara hidup SELEPAS Pakatan Rakyat mengadakan Perundingan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai inflasi; dan siaran blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Ogos 2011 mengenai kos sara hidup

SELEPAS sidang media pertama oleh Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada 5 Ogos 2011.

Pengakuan oleh Husni dan Kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 memerlukan bantuan ialah satu kenyataan jelas tentang kegagalan Barisan Nasional mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan BN tidak mengendahkan nasib 60% rakyat Malaysia dalam merangka polisi ekonomi mereka..

Satu rangkakerja polisi yang baru nyata amatlah diperlukan untuk membantu majoriti 60% rakyat Malaysia biasa untuk menjalani taraf hidup yang berkualiti dengan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut .


Ekonomi berpaksikan kroni BN mestilah memberi laluan kepada satu rangka kerja ekonomi bersifat berpaksikan rakyat. Rangkakerja Bajet Pakatan Rakyat "Kesejahteraan Untuk Semua" termasuklah mengurus cabaran-cabaran dasar berikut:

1. Meningkatkan pendapatan dan produktiviti

· Membantu pekerja-pekerja meningkatkan ketrampilan kemahiran dan memperkenalkan satu gaji minimum agar memecahkan lingkaran ganas produktiviti rendah, gaji rendah dan kemahiran rendah
· Membantu industri-industri meningkat naik dalam lengkungan automasi dan mekanisasi disamping menguncup jumlah buruh asing tidak mahir serta meningkatkan upah sebenar bagi pekerja
· Merangka dasar-dasar untuk golongan yang bekerja sendiri dalam sektor-sektor tidak formal (seperti pemandu-pemandu teksi, perniagaan-perniagaan kecil, peruncit kecil-kecilan);
· Melonjak dan menyemarakkan potensi-potensi keusahawanan dan inovasi rakyat Malaysia

2. Meningkatkan pendapatan bolehguna

Bajet Alternatif Pakatan Rakyat akan mengkaji empat perbelanjaan besar untuk keluarga-keluarga yang bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan mengkaji peranan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan boleh guna melalui penyampaian perkhidmatan awam lebih efektif dan efisien:

· Kesihatan;
· Pengangkutan;
· Perumahan;
· Beban hutang isi rumah dan penyelesaian pembayaran hutang-hutang

3. Mengehadkan monopoli, oligopoli dan kartel

Meningkatkan pendapatan boleh guna dan mewujudkan satu keadaan seperti air pasang yang mengangkat semua bot melalui penggunaan domestik oleh warganegara persendirian iaitu dengan menggalakkan persaingan di sektor-sektor yang kini dikuasai oleh monopoli, oligopoli dan kartel.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah menyatakan rangkakerja kami mengenai monopoli beras oleh BERNAS, oligopoli gula dan MAS / kartel syarikat penerbangan Air Asia yang dimudahcarakan oleh GLCs. Lebih banyak butiran pada sektor lain akan ditampilkan pada bulan September ini dengan butiran penuh terkandung di dalam dokumen akhir belanjawan alternatif nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111