Lantaran sikap zulkifli nordin yang kelihatan ultra membela islam inilah maka pemimpin PAS yang kurang pencak politik boleh tertipu dengan wataknya.Dalam islam jangankan kata isu besar, malah jika seorang berdiri ketika semua orang lain duduk sudah dikira tidak beradab apatah lagi bila melibatkan isu isu yang mempalitkan maruah politik Islam.
Dalam hal isu kontemporari, jelas menonjol Hasan Ali merasakan dia lah yang paling utama dalam membimbangi akan tergelincirnya aqidah umat Islam. Baginya mungkin khalid ibrahim tidak bimbang, baginya pemimpin PAS yang lain tidak bimbang dan baginya juga ramai orang Islam tidak bimbang akan kegelinciran aqidah umat Islam ini.
Lantaran itu maka terhamburlah kata kata nekad dari bibir hasan ali, dia rela dipecat atau dibuat apa sahaja oleh parti atau dilucutkan jawatan exco asalkan maruah aqidah umat islam terbela.
Kemudian sekonyong konyong, seperti kebiasaan yang dilakukan dahulu dia akan pergi kepada media yang ramai kawannya menganggap musuh utama. Media yang dianggap musuh oleh kawan kawannya ini, adalah dianggap kawan oleh hasan ali.
Kata kata yang senada seperti ini jugalah yang telah diucapkan oleh zulkifli nordin sebelum dia memaksa dirinya sendiri dipecat dan kalau kita rajin membelek kamus sejarah, kata kata seperti ini jugalah yang akan diucapkan oleh orang yang bakal meninggalkan segala rakan taulannya, demi mengejar sesuatu yang lebih besar.
Kategori musuh dalam selimut tidak sahaja tertumpu dia perlu keluar dari jemaah dan masuk ke dalam gerombolan musuh. Tetapi bolah juga dia membuka pintu kubu secara senyap dan akhirnya musuh boleh menyusup masuk ke dalam kota. Atau mungkin juga dia boleh melemahkan semangat tentera islam ketika berperang.
Pokoknya, apa sahaja perbuatan yang bakal memberi kelebihan kepada musuh boleh dikategorikan musuh dalam selimut.
Kini masa telah membuktikan bahawa apa yang diwarwarkan oleh orang bawahan selama ini ternyata benar dan prasangka baik pemimpin jumud PAS terhadap zulkifli nordin adalah salah. Tentu sekarang telah jelas, apa tujuan setiap 'kata kata agama' zulkifli nordin sekarang.Semoga para pemimpin atasan PAS tidak mengulangi kesilapan dalam mentafsir 'husnu dzan' kepada seseorang.
Bibit bibitnya jelas kelihatan dan harap harap jangan sampai menunggu Hasan Ali jelas bertukar menjadi zulkifli nordin baru pimpinan PAS hendak menunjukkan 'kecerdikan'nya"
No comments:
Post a Comment