" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, August 8, 2011

Mahkamah benarkan Anwar temubual Najib dan Rosmah, tapi....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.

Jadi kalau disapena sekalipun jika Najib dan Rosmah tidak mahu hadir ke Mahkamah mereka tidak akan didakwa menghina mahkamah.. err sejak bila ada kelonggaran macam ni?

Apa? Adakah kerana mereka pemimpin dari UMNO, mereka tidak tertakluk kepada undang-undang?

Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.

"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.

"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.

Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.

Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111