" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 16, 2011

Malaun Politik

Oleh muhaiminsulam

Politik itu pelbagai. Terkadang boleh bercampur antara dosa dan pahala. Kebijaksanaan sangat diperlukan untuk meniti jambatan sehalus rambut. Adapun, destinasi politik adalah untuk memperolehi kuasa. Sedangkan kuasa itu terlalu mudah untuk disalahgunakan.


Lalu, lahirlah malaun politik yang bertindak melebihi tatacara haiwan liar yang membunuh tanpa kasihan. Tidak lagi menggunakan pantun seloka dan budibicara yang sopan. Malaun politik akan mengaum menunjukkan taringnya nan tajam.

Malaun politik suka mencari kawan untuk dijadikan penyokongnya. Bukan rakan berburu, apatah lagi rakan makan setalam. Jika dapat mangsa tergolek lazat, malaun politik bersedia bertarung dengan kawan sendiri.

Hari-hari malaun politik berfikir, siapa lagi yang menjadi mangsanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111