" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, August 13, 2011

Kuasa: Ambil iktibar kehancuran Soviet

Oleh Lanh

KETIKA menunggu waktu berbuka puasa, saya menekuni rancangan Jejak Rasul terbitan sebuah stesen televisyen swasta. Ramadan kali ini penonton diajak mengikuhttp://www.international.ucla.edu/media/images/hungrev-lrg.jpgti perkembangan Islam di Rusia yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesatuan Soviet (Soviet Unnion, USSR).

Sungguh menarik melihat dan mendengar perkembangan pantas Islam di bumi bekas empayar komunis itu. Dilaporkan ada sekurang-kurangnya 23 juta orang Islam di Rusia, sebahagiannya adalah orang Tatar yang kebanyakannya mendiami sebuah negeri bernama Tatarstan dalam Persekutuan Rusia. Ibu kota Tatarstan adalah Kazan, sebuah bandar raya yang jelas ciri-ciri keislamannya.

Kira-kira 20 tahun lalu (1992), sebagai wartawan saya telah menjejakkan kaki di Moscow; ketika itu SovietUnion yang dipimpin Mikhail Gorbachev baru saja terlerai dan berpecah menjadi 15 republik merdeka; salah satunya Rusia yang dipimpin Boris Yeltsin (sudah meninggal dunia).

Ketika berada di Moscow, saya beratur panjang, menyertai ribuan orang berjalan di sisi mayat Vladimir Lenin yang diawet dan diletakkan dalam bekas kaca di sebuah bangunan di Red Square. Lenin adalah salah seorang pengasas dan diktator SovietUnion, ‘memenjarakan’ ratusan juta rakyatnya dalam sebuah empayar komunis. Sekalipun Lenin dan pemimpin Soviet kemudiannya berjaya memasung rakyat selama 70 tahun, ternyata minda rakyat tidak dapat dipenjarakan.

Ternyata yang ‘terpasung’ sekarang adalah Lenin dalam sebuah kotak kaca cantik di Red Square sedangkan rakyat bekas empayar SovietUnion sudah menikmati kebebasan, sebahagian besar daripadanya menjalani kehidupan ‘lebih barat’ daripada rakyat di negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat.

Bagi orang Islam, mereka kini digambarkan sebagai lebih bebas beragama,dengan masjid-masjid besar dan cantik semakin banyak dibina. Itulah yang digambarkan melalui rancangan televisyen berkenaan, dulu ketika saya berada di Moscow dan rantau lain di bekas negara SovietUnion, hanya beberapa masjid baru dikembalikan kepada masyarakat Islam selepas berdekad-dekad lamanya ditutup termasuk dijadikan setor.

Bercakap mengenai kuasa; jika SovietUnion yang perkasa itu akhirnya tumbang, di tanah air kita, apalah sangat dengan Umno-BN yang dianggap sesetengah pihak terlalu kebal untuk terlerai daripada kuasa.

Komunis Soviet yang melakukan penindasan paling dahsyat ke atas rakyat pun hanya mampu bertahan 70 tahun; tidakkah ia menunjukkan bahawa Umno yang mendominasi kuasa lebih 50 tahun juga berada dalam kedudukan sangat genting? Kata orang jika Tembok Berlin di Jerman pun boleh runtuh, apalah sangat ‘tembok perkauman’ Umno-BN?

Kebangkitan rakyat di SovietUnion sebahagiannya disebabkan dasar pembaharuan diperkenalkan Presiden terakhirnya, Mikhail Gorbachev yang dinamai ‘perestroika’ dan ‘glasnost’ pada akhir 1980-an. Apakah rancangan pembaharuan Gorbachev itu? Antaranya ialah membuka pintu Soviet kepada dunia Barat.

Kesatuan Soviet akhirnya terdedah kepada ketidak-tentuan yang membawa kepada kemerdekaan republik-repubik dalamnya dan akhirnya jawatan Gorbachev sendiri tercabar dan beliau terpaksa menyerahkan kuasa kepada Yeltsin.

Pembaharuan tidak dapat dielakkan Gorbachev selepas kejatuhan satu demi satu negara blok komunis di Eropah Timur dan kini Umno-BN juga tidak dapat mengelakkan pembaharuan yang pantas melanda negara terutama dengan kemajuan dunia teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang menyaksikan satu demi satu ‘sandiwara’ dan ‘kebobrokan’nya termasuk dalam isu Bersih 2.0 terdedah.

Sebagai kesimpulan, yang benar pasti naik walaupun ditindas hebat sebagaimana Islam yang cuba dipadamkan oleh komunis Soviet; maka kini bolehlah penyiar stesen TV swasta berkenaan melaporkan kebangkitan semula Islam di sana; persoalannya tidak teringinkah pihak yang sama melaporkan kebangkitan Islam di bumi tercinta apabila kuasa diberikan kepada jemaah yang mahu menegakkan hukum-hakam Allah di bumi-Nya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111