PAS akan menganjurkan konvensyen membincangkan isu Negara Berkebajikan yang dilontarkan presidennnya dalam muktamar agung lalu kepada kira-kira 1,000 pemimpinnya di pelbagai peringkat pada bulan depan.
Ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, acara pada 10 September itu akan disertai Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan memberikan ucapan penutup dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan ucaptama.
"Para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam ucapan dasar presiden baru-baru ini.
"Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, majlis di Taman Melewar itu akan merumuskan sebuah rangka kerja bagi melaksanakan ucapan Abdul Hadi.
Huraian lanjut dalam dokumen Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, jelas Tuan Ibrahim.
Menurutnya lagi, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Noor Manuty, Naib Pengerusi DAP Tan Seng Giaw dan Presiden TERAS Azmi Abdul Hamid turut diundang membahaskan ucaptamanya.
"Dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran PR apabila diberi mandat memerintah negara," kata Tuan Ibrahim.

No comments:
Post a Comment