" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, August 26, 2011

PAS Selangor Desak JAIS...

PAS Selangor mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera mendakwa pihak yang didapati memurtadkan 12 umat Islam hadir pada majlis makan malam ‘Thanksgiving’ yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu

Timbalan Pesuruhjaya Negeri, Khalid Samad berkata, langkah itu perlu segera dilaksanakan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan serta andaian yang bukan-bukan ekoran liputan meluas media berhubung isu tersebut.

“Setiap hari kita membaca dalam akhbar berhubung isu DUMC. Gambaran yang diberikan adalah seolah-olahnya ia sudah terbukti bahawa ada usaha memurtadkan 12 orang Melayu yang hadir pada program anjuran Harapan Komuniti pada malam tersebut.

“Segala penafian pihak gereja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan ditolak ke tepi. Mereka (pihak akhbar) cuba untuk mewujudkan satu persepsi bahawa ia sudah muktamad, tiada keraguan sama sekali, bahawa itulah tujuan di sebalik program berkenaan,” katanya dalam entri terbaru blognya pada Jumaat.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata adakah wujud ‘agenda tersembunyi’ di sebalik penyiaran berita mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas DUMC baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan lewat petang Khamis, Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata, badan itu masih lagi dalam proses melengkapkan siasatan berhubung pemeriksaannya ke atas gereja tersebut.

“Terdapat saksi-saksi yang enggan memberi kerjasama untuk kenyataan mereka direkodkan, ini menyebabkan kelewatan pihak Jais melengkapkan siasatan terhadap kes ini,” katanya.

Malah katanya, JAIS perlu memastikan bahawa siasatan yang dijalankan ini adalah telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan Jais juga tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru kerana dikhuatiri akan mengakibatkan penyiasatan tidak dapat dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

JAIS perlu sentiasa mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat dalam kes ini dan memastikan keadilan dicapai terhadap semua pihak, kata Marzuki.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pada hakikatnya belum ada dakwaan terhadap apa yang berlaku dalam konflik tersebut sebaliknya apa yang berlaku ‘hanyalah mainan berita dan khabar angin’ semata-mata.”

“Video yang dibocorkan sebenarnya tidak membuktikan apa-apa. Pengakuan yang dibuat oleh lelaki berkenaan adalah benar bagi kebanyakan umat Islam dan tidak merupakan bukti bahawa beliau telah murtad,” katanya.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat ini berkata, jika membaca al-Quran tanpa memahaminya merupakan bukti murtad, maka sudah pasti ramai dari umat Islam di Malaysia akan disabitkan kesalahan yang sama.

“Oleh itu, untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan serta andaian yang bukan-bukan, JAIS perlu mendakwa golongan yang didakwa terlibat dalam usaha memurtadkan orang Islam ini dengan kadar segera dan sekiranya mereka ini didapati bersalah, maka mereka perlu dihukum,” katanya lagi.

Jelasnya, selagi tindakan pendakwaan tidak dilakukan oleh JAIS, umat Islam di Selangor khususnya perlu berwaspada kerana ada kemungkinan isu terbaru ini adalah mainan politik kotor pihak tertentu.

“Ia usaha untuk mengekalkan kedudukan berkuasa mereka tanpa menghiraukan impak politik ke atas masyarakat dan imej buruk yang diberikan kepada Islam,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan Gerak Kerja Pendengaran bagi mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.

Beliau turut berkata, majlis itu akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja itu dan sekiranya perlu akan memanggil 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Katanya, majlis itu juga akan turut mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

Pada 3 Ogos lalu, penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111