" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, August 25, 2011

Reformasi segera atau BERSIH 3.0 !

Oleh Riduan Mohd Nor

Pemuda PAS menyokong pimpinan Pakatan Rakyat yang bertegas tidak akan menyertai jawatankuasa khas parlimen yang dibentuk kerajaan kerana ia sekadhttp://www.thenutgraph.com/wp-content/uploads/2010/11/BersihRally_bytheSun.jpgar gimik politik perdana menteri semata-mata.

Bagi Pemuda PAS penubuhan jawatankuasa yang tidak tertakluk dengan tarikh pilihan raya umum ke- 13 tidak akan membawa apa-apa makna terhadap sistem pilihan raya yang sedang dibualkan sekarang.

Pemuda PAS mahukan kerajaan konsisten terhadap semua lapan tuntutan BERSIH dan tidak bersikap retorik dalam menghadapi kemarahan rakyat.

Jika pilihan raya umum dilangsungkan dalam keadaan jawatankuasa khas parlimen tidak sempat membuat apa-apa resolusi, apakah maknanya penubuhan jawatankuasa ini? Ini lebih membawa maksud penghinaan terhadap parlimen itu sendiri.

Tidak ada ertinya Pakatan duduk dalam jawatankuasa itu jika semua tuntutan tidak dilaksanakan dalam pilihan raya umum nanti. Pemuda PAS mempersoalkan bilakah kerajaan akan melaksanakan reformasi pilihan raya jika pada pilihan raya depan tidak sempat dilaksanakan?

Adakah kerajaan mahu rakyat menunggu sehingga pilihan raya umum ke-14, atau lebih lama dari itu? Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak ikhlas dalam melakukan usaha pemulihan sistem pilihan raya.

Jawatankuasa khas parlimen sekadar tempelan bagi mengambil hati rakyat yang masih terluka.

DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana sistem pilihanr aya di Malaysia menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa - daftar pemilih yang meragukan; pengundi klon di mana-mana; pemastautin tetap mendapat hak kewarganegaraan sekelip mata dan diberikan kelayakan mengundi; serta undi pos yang terdedah tembelangnya dengan beberapa pendedahan bekas anggota tentera.

Apakah alasan paling konkrit untuk diberikan melainkan reformasi keseluruhan dalam sistem pilihan raya?

Rakyat keseluruhannya amat mengharapkan perubahan drastik dan total dalam sistem pilihan raya yang semakin pincang. Sistem pilihan raya di Malaysia sudah tidak dipercayai lagi untuk dijadikan sandaran.
Menunggu sehingga selepas pilihan raya umum ke-13 akan menghilangkan kesabaran rakyat. Pemuda PAS bimbang rakyat akan melakukan sendiri reformasi tersebut tanpa menunggu pilihan raya.

Pemuda PAS mengingatkan kerajaan bahawa zaman retorik politik sudah berlalu kerana rakyat semakin cerdik membaca permainan politik BN.

Tiga bulan yang dijanjikan oleh BERSIH masih ditagih dan masa semakin suntuk buat kerajaan BN melakukan usaha.

Laksanakan segera reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya ke-13 jika tidak mahukan hukuman rakyat dalam BERSIH 3.0.

Riduan Mohd Nor merupakan ketua penerangan Pemuda PAS.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111