Harakahdaily melaporkan:
Bernas jugak cadangan dari Naib Presiden PAS ni.KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Daftar pengundi negara ini hanya boleh dianggap bersih jika ia diaudit oleh badan audit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub."Dengan begitu banyak pendedahan mengenai kecacatan yang amat meragukan dalam daftar pemilih dan dengan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri bahawa memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih, satu-satunya cara untuk memastikan daftar pemilih yang ada kini diyakini bersih ialah dengan melantik badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.Salahuddin juga menolak dakwaan Pengerusi SPR. Tan Sri Abdul Aziz Yusof kononnya kesilapan dalam daftar pemilih kononnya hanya 0.0001 peratus sahaja.
"Selagi daftar pemilih tidak diaudit oleh badan audit bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, apa sahaja dakwaan kerajaan dan SPR tidak akan mendapat keyakinan umum malah akan lebih dipertikaikan dan terus tidak dipercayai," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Salahuddin mencadangkan badan-badan audit yang dihormati di peringkat antarabangsa seperti Deloitte Touche Tohmatsu, Pricewaterhouse Coopers (PwC), Ernst & Young (EY) atau KPMG untuk melaksanakan audit ke atas daftar pemilih negara ini. - Hrkh.
Masalah utama dengan daftar pemilih sekarang ni bukan setakat banyak nama-nama yang meragukan dah dibongkarkan tapi lebih kepada orang ramai dah tak percaya kepada SPR yang sediakan dan menguruskan daftar pemilih tu.
Maksud aku, kalau pun SPR buang semua nama yang meragukan tu, dan dah tak jumpa lagi nama-nama yang meragukan, orang ramai tetap tak percaya yang daftar pemilih tu benar-benar bersih. Pasainya yang membersihkan daftar pemilih tu masih SPR yang sama, yang selama ni selalu sangat beraksi sebagai 'si anjing Umno'.
Apa jaminan yang depa betul-betul dah bersihkan daftar pemilih tu. Tak mustahil depa buang nama-nama yang meragukan tu tapi masukkan pulak nama-nama lain untuk digunakan oleh 'pengundi hantu' masa PRU akan datang. Masalahnya, sapa yang ada autoriti dan kepercayaan untuk sahkan yang daftar pemilih tu benar-benar bersih.
Dalam bab ni memang boleh dipercaya kalau daftar pemilih tu diaudit oleh juru audit luar. Walaupun kebarangkalian untuk Umno BN 'kuasai' syaraikat tu tetap ada, tapi mungkin kita boleh letak kepercayaan kalau dilantik dari kalangan syarikat-syarikat yang dihormati di peringkat antarabangsa macam nama-nama yang Salahuddin cadangkan tu.
Masalahnya, adakan SPR dan Putrajaya akan setuju dengan cadangan yang Salahuddin bagi ni? Jangan harap! Tambah-tambah pulak kalau setakat bagi cadangan macam tu ja.
Lain la kalau cadangan tu bunyi dia keras sikit, atau lebih tepat lagi berbentuk ugutan. "Kalau SPR tak setuju daftar pemilih tu diaudit oleh juruaudit berwibawa diperingkat antarabangsa sebelum sekian-sekian tarikh, kami akan buat himpunan BERSIH 3.0 pulak pada sekian-sekian hari bulan."
Kalau kena gempaq macam tu, mungkin la kut Putrajaya melalui SPR akan setuju dengan cadangan tu. Kalau depa tak ikut cadangan tu, kita sungguh-sungguh gerakkan himpunan BERSIH 3.0 tu.
Kalau SPR terima dan laksanakan cadangan tu, peluang Umno BN tumbang memang ada tapi kalau SPR tolak cadangan tu dak kita buat himpunan BERSIH 3.0 aku yakin peluang untuk menummbangkan Umno BN akan jadi lebih besar. vHampir pasti Umno BN akan tumbang.

No comments:
Post a Comment