" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, September 19, 2011

Ketua Hakim yang baru harus elak jadi alat politik Umno

Oleh ROY RASUL

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat berharap proses transisi Ketua Hakim Negara yang baruhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNqoCvZwefcS636ptxLRz63CEa83TxHzQ9tc3vZI0N6Bzmxn5tVvQaAYTXXJaDdI1O6kIbyDNCmHuTxkTg0g3It1ESs-NLJ5aMBz0mufVuyUy24ae5Oy7wCrG2-lFAmflAb3mJsH8ZmJ6L/s1600/mahkamah.jpg Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dapat menyokong hasrat murni seluruh rakyat Malaysia.

Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, ini kerana mereka ingin melihat Ketua Hakim Negara dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada sistem Kehakiman Negara, setelah tercalar teruk sejak peristiwa hitam pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

“Sistem pemisahan kuasa (separation of powers) di negara kita membahagikan tiga teras utama dalam menggerakkan kerajaan; iaitu Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya ketiga-tiga badan ini bertindak mengikut landasan dan sempadan masingmasing, maka rakyat tentunya akan menikmati suatu sistem yang aman, adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakah, Khamis lalu.

Namun katanya, sekiranya ketiga-tiga badan itu bertindak di luar sempadan masing-masing, maka kerajaan pasti tidak dapat lari daripada berhadapan dengan korupsi dan segala bentuk penyelewengan yang bakal menjahanamkan pentadbiran negara dan mencemar kredibiliti serta kebebasan Badan Kehakiman itu sendiri.

Sekiranya ini berlaku, yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak punya kuasa melainkan hanya mampu menuruti pembohongan dan tipu daya kerajaan.

Oleh itu katanya, institusi kehakiman bukan hanya perlu berlaku adil tetapi perlu dilihat berlaku adil dan berkecuali kerana ia menjadi benteng terakhir rakyat dalam mendapatkan keadilan menerusi sistem perundangan yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Jika kepercayaan rakyat dikhianati, maka semestinya rakyat tidak akan lagi percaya kepada apa sahaja yang dikatakan mahupun dilaksanakan oleh Badan Kehakiman . Jika ini terjadi, maka integriti Badan Kehakiman akan terus dipersoalkan oleh rakyat dan menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September 2011 ini, bagi menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

Manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya dan Tan Sri Md Raus Shariff yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang baru.

Sementara itu, pelaburpelabur asing juga katanya, akan turut menjauhkan diri apabila sistem kehakiman negara tidak langsung berwibawa dan boleh dipercayai, malah tidak ubah seperti “mahkamah kangaroo” semata-mata.

Kebimbangan rakyat katanya, ternyata berasas melihat kepada perlakuan double standard dalam beberapa kes yang melibatkan kepentingan kerajaan atau Umno, dibandingkan dengan kes-kes yang melibatkan kerajaan atau pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat.

Ini katanya, insiden klip-video VK Lingam masih belum pulih sepenuhnya dan kepercayaan wujudnya tangan-tangan ghaib dalam mengatur dan mengganggu-gugat perjalanan sesuatu perbicaraan Mahkamah masih terus menghantui sistem kehakiman negara.

Justeru katanya, perlantikan Ketua Hakim yang baru itu dapat membersihkan kekotoran tersebut dan membebaskan institusi Kehakiman daripada dibelenggu oleh mana-mana pihak; termasuk daripada pihak Eksekutif/Kerajaan sendiri.

Beliau berkata, rakyat mempunyai harapan tinggi untuk melihat Ketua Hakim Negara yang baru untuk bertindak secara bebas dan berkecuali dalam membawa seluruh anggota kehakimannya dalam mendukung suatu keadilan yang hakiki.

Badan Kehakiman bukanlah milik Umno-BN atau sesiapa sahaja yang memerintah Negara.

Sebaliknya, ia adalah milik mutlak rakyat dan menjadi tempat bergantung rakyat dalam mendapatkan suatu sistem perundangan yang adil.

Oleh itu ujarnya, Juham berharap segala kontroversi yang menyelubungi institusi Kehakiman Negara sebelum ini dapat diatasi segera dan kepercayaan rakyat terhadap Badan Kehakiman Negara dapat dipulihkan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111