" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, February 4, 2013

JPN diminta dedah 600 individu kongsi nombor IC sama


Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta mendedahkan satu persatu nama pemilik 600 kad pengenalan biru bermasalah yang dikongsi oleh lebih daripada seorang.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, JPN tidak boleh membisu begitu sahaja, sebaliknya perlu melakukan tindakan seterusnya berhubung perkara itu.  
 

Menurut beliau, walaupun kes itu hanya dikatakan berjumlah 600 kad pengenalan sahaja, tetapi kes tersebut merupakan sesuatu yang serius yang perlu diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

"Malah dalam kes ini walaupun hanya satu isu sahaja, tetapi ia sangat merbahayakan keselamatan negara, apatah lagi sehingga melibatkan 600 kes. Jadi apakah tindakan JPN seterusnya?" katanya.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin kes tersebut bukan hanya membabitkan 600 kad pengenalan sahaja, tetapi melibatkan jumlah yang jauh lebih besar jika pihak terbabit menjalankan siasatan lebih terperinci.

"Kita juga ingin bertanya, bagaimana perkara itu boleh berlaku?" katanya ketika dihubungi Harakah 2 Februari lalu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 31 Januari lalu menjelaskan terdapat kira-kira 600 kad pengenalan biru yang bermasalah yang dikongsi oleh lebih daripada seorang.

"Ya, mereka ada dalam rekod kami, kira-kira 600 orang," kata Pengarah Bahagian Kad pengenalan ibu pejabat JPN, Md Solehan Omar kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah.

Solehan berkata demikian apabila ditanya oleh pegawai pengendali siasatan RCI, Manoj Kurup, sama ada benar dakwaan bahawa lebih daripada seorang menggunakan nombor kad pengenalan yang sama.

Bagaimanapun, Solehan tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu, begitu juga dengan pegawai pengendali tersebut, atau pun peguam pemerhati mengenai isu tersebut.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, moral pendedahan itu menjelaskan unsur-unsur manipulasi dan penyalahgunaan kuasa memang berlaku di negara ini khususnya dalam kes itu.

"Ini juga boleh dibuktikan dengan daftar pemilih yang masih belum dibersihkan hingga sekarang," jelasnya.
Beliau juga menyarankan agar RCI tidak hanya dihadkan di Sabah sahaja, tetapi turut diadakan di Semenanjung Malaysia bagi membolehkan siasatan mengenai perkara itu turut dilakukan di Semenanjung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111