Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamdulillah....
Laungan takbir, tahmid dan tasbih di pagi Syawal ada lah pengisytiharan baha wa Islam adalah agama suci yang bebas dan mer deka da ri pengaruh syirik, maksiat dan mungkar sekali gus me letakkan penganut dan pe juangnya di suatu tempat yang mulia dan tinggi martabatnya.
Aidilfitri adalah satu sum pah ikrar bahawa kita se bagai Muslim yang beriman kepada Allah SWT. berkewa jipan untuk meneruskan per juangan Rasulullah s.a.w membina tamadun ummah dengan membebaskan mereka dari perhambaan sesama hamba agar menjadi hamba Allah yang taat, membebaskan mereka dari kezaliman ideo logi ciptaan manusia ke pada keadilan Islam yang diwahyukan oleh Allah dan membebaskan mereka dari kesem pitan dunia kepada ke luasan akhirat yang dijanjikan Allah kepada mereka yang salih.
Sempena Aidilfitri 1432 ini, marilah kita menghayati semangat Aidilfitri menurut perspektif yang benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat, jus teru Aidilfitri tidak boleh dicemarkan dengan kelalaian dan kealpaan, keangkuhan dan kemegahan, kemewahan dan kesombongan. Seba lik nya Aidilfitri mesti diserikan dengan kesyukuran dan keinsafan, kesedaran dan penghayatan.
Khususnya anak-anak mu da, jadikan Aidilfitri kali ini lebih bermakna dengan me letakkan ia sebagai noktah bermula untuk kita berubah men jadi insan yang lebih baik dari semalam, lebih de kat dengan Allah dan lebih se mangat untuk terus berjuang membebaskan minda dari ter jajah oleh pemikiran materialistik dan gaya hidup yang diselubungi dosa dan noda.
Salam Aidilfitri dari sa ya buat semua rakan-rakan se perjuangan. Bermula dari saf pimpinan PAS Pusat, De wan Ulamak, Dewan Muslimat, De wan Himpunan Penyokong PAS dan tidak lupa saya kepada semua pimpinan dan anggota parti komponen Pakatan Rakyat (KeADILan dan DAP), pimpinan-pim pinan masyarakat dan istimewa juga salam Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pimpinan dan anggota parti komponen Barisan Nasional, NGO-NGO dan tidak sekali- saya lupa kepada seluruh rak yat Malaysia. Salam Aidilfitri al- Mubarak. Minal A’idin wal Faaizin.
No comments:
Post a Comment