" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, September 25, 2011

PERKASA ganggu ceramah PAS, polis tak tangkap pulak

Malaysiakini melaporkan:
Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanAcara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti “Mat Sabu Pembohong”, “Mat Sabu Perosak Bangsa” dan “Mat Sabu Hina Pejuang”.

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal. - Mkini.
Heran sungguh aku dengan polis Malaysia ni, kata bertindak ikut peraturan dan undang-undang tapi kalau Umno BN dan penyokong buat benda salah, lambat ja nak bertindak. Bertindak pun teragak-agak, takut sangat kut kalau Umno BN marah.

Juga dilaporkan:
“Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

“Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

“Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya. - Ibid.
Kalau aku kata pegawai polis yang ada kat tempat kejadian tu sebagai 'si anjing Umno' nanti ada pulak yang tak puas hati, tapi kelaku depa tu menggambarkan macam tu. Kalau penyokong PAS la yang buat macam tu, nak berhimpun depan tempat ceramah Umno, takdan nak keluarkan sepanduk lagi dah kena tangkap, silap-silap pegawai polis pulak yang pukul penyokong PAS.

Puak-puak PERKASA tu tak payah cerita la. Memang ramai sangat kat dalam tu yang BANGANG terutama sekali pemimpin PERKASA tu. Depa-depa tu sebenarnya dah terpinggir dalam Umno. Jadinya dengan aktif dengan PERKASA tu nampak la jugak muka depa. Yang kesiannya ahli-ahli biasa, terang-terang dipergunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111