Dr.Zulkefli bin Mohamad akhirnya menjadi pilihan Pas sebagai calon bagi pilihanraya kecil N45 Galas.
Tatkala UMNO masih bergelut dan berteka-teki dalam soal pemilihan calon,Pas sudah terkehadapan. Namun, apa yang menyedihkan,hanya beberapa jam selepas pengumuman tersebut, fitnah yang agak berat dilemparkan terhadap calon Pas tersebut di mana beliau dituduh sebagai seorang pelaku dosa besar di masa lampaunya kerana didakwa pernah ditangkap khalwat suatu masa dahulu.
Begitulah cepatnya fitnah ditabur oleh cybertrooper UMNO walhal fitnah tersebut hanyalah sekadar omongan kosong tanpa bersandar apa-apa bukti mahupun saksi.
Para blogger UMNO seperti The Unspinner,Papa Gomo,Parpukari dan lain-lain dengan galaknya melempar tuduhan demi tuduhan,dengan dakwaan diberitahu oleh sumber dari Gua Musang sendiri.Hebat juga mereka ini.Maklumat yang mereka perolehi lebih banyak yang diketahui berbanding penduduk di kawasan Gua Musang itu sendiri.Malah,tuduhan tersebut turut dilaporkan oleh media rasmi UMNO,umno-online.com sendiri.

Berikut adalah antara fitnah yang telah ditulis oleh para blogger UMNO:
Benarkah calon Pas ditangkap khalwat? Jika benar, ia sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana bakal calon Pas khususnya pakatan pembangkang di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Dr Zulkefli Mohamad bukan saja calon kitar semula malah dikhabarkan pernah ditangkap khalwat bersama isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Memetik laporan beberap blog termasuk theunspinners, dakwaan pernah ditangkap khalwat itu telah dikhabarkan orang setempat di Gua Musang.Menurut blog ini lagi, perkara itu mungkin dianggap sebagai kisah lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Namun persoalannya adakah calon yang berlatarbelakang ditangkap khalwat ingin ditonjolkan oleh Pas sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulama?
Lihatlah tulisan di atas.Hal ini secara terang-terangan bersifat fitnah lepas tangan.Mengapa?Dalam mereka membuat tuduhan ke atas calon Pas,tiba-tiba tajuk permulaannya menggunakan tanda soal.Dengan ini,si penulis boleh lepas tangan kalaupun dia disaman atas tulisannya itu.Apapun,fitnah pertama ini telah dianggap gagal dan mereka tidak lagi boleh menjaja isu tersebut setelah pendedahan dan penafian rasmi dibuat oleh calon Pas sendiri.Syabas,Dr.Zulkefli.
Berikut adalah kenyataan Dr.Zulkefli:
Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.
Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.
Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.
"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.
"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.
SESUNGGUHNYA BERDOSALAH ORANG YANG MENYEBAR FITNAH PALSU.
Kehadiran lautan manusia inilah yang menggerunkan UMNO.Oleh itu,fitnah ditabur. |
Adakah sosok seperti ini kita mahu tuduh berkhalwat? |
Gandingan semacam inilah yang terus menakutkan UMNO |
No comments:
Post a Comment