Oleh Idris Ahmad
nilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan umno sahaja. Ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin alHelmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi. Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini. Sebaliknya yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.
Pada hal kewujudan umno hanyalah kerana menentang MalayanUnion 11 Mac 1946. Malahan slogan umno peringkat awal ialah Hidup Melayu. Laugan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.
Maknanya umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan. Pada hal golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).
Tentu rakyat bertanya siapa pemimpin umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan?
Ini membuktikan umno ialah anak emas penjajah. Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara. Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan umno
No comments:
Post a Comment