" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, September 4, 2011

Umno bukan pejuang kemerdekaan tetapi pengkhianat


Umno bukan pejuang kemerdekaan Malaysia yang sebenarnya tetapi Umno merupakan pengkhianat perjuangan kemerdekaan sejak tahun 1946 lagi.

Setelah pentadbiran British di Malaya pulih ekoran daripada tamatnya penaklukan Jepun dan perang dunia kedua, pihak British telah bercadang untuk membentuk satu kesatuan yang menyatukan kesemua negeri-negeri Melayu yang bersekutu dan tidak bersekutu serta negeri-negeri selat di bawah satu payung pemerintahan pusat.

Hasil daripada itu pihak British telah mengilhamkan pembentukan Malayan Union untuk menyatukan beberapa bentuk identiti negeri-negeri Melayu tersebut.

Akan tetapi cadangan pembentukan Malayan Union tersebut ditolak dan dibantah oleh Umno dengan alasan kuasa orang-orang Melayu dan Raja-raja akan dikurangkan melalui pemerintahan pusat yang dikuasai oleh seorang Gabenor-Jeneral.

Ekoran bantahan demi bantahan yang dikelolakan oleh Umno di seluruh negara pada masa itu, kerajaan British di Malaya pada masa itu membatalkan hasrat pembentukan Malayan Union tersebut dan digantikan pula dengan suatu bentuk persekutuan yang longgar.

Dalam tahun 1946 itu juga, pihak British dengan rela hati telah menawarkan para pemimpin Umno untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya dan jesteru itu memberikan hak berkerajaan sementara kepada Umno.

Akan tetapi, Umno telah menolak tawaran kemerdekaan daripada pihak British pada masa itu dengan mengatakan bahawa mereka masih belum bersedia untuk menikmati kemerdekaan Malaya. Malah seorang pemimpin Umno pada masa itu pernah menyebut, “buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka?” Inilah merupakan kali yang pertama Umno telah mengkhianati kemerdekaan untuk negara kita pada masa itu.

Akibat penolakan tawaran kemerdekaan oleh para pemimpin Umno, dua gabungan parti-parti politik yang tidak bersekutu dengan Umno, iaitu PUTERA dan AMCJA telah mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan mereka biarpun tanpa Umno.


Mendalami gabungan PUTERA-AMCJA

Untuk pengetahuan, gabungan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) merangkumi beberapa buah parti-parti nasionalis Melayu yang berpengaruh pada masa itu yang terdiri daripada:
1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti nasionalis Melayu yang terbesar,
2. Angkatan Pemuda Insaf (API),
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS),
4. Gerakan Angkatan Muda (Geram),
5. Barisan Tani SeMalaya (Batas) dan,
6. Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (Mata) atau lebih dikenali sebagai Hizbul Muslimin.

Manakala, gabungan di dalam AMCJA (Majlis Tindakan Bersama SeMalaya) terdiri daripada beberapa buah parti-parti politik pelbagai kaum dan kesatuan-kesatuan sekerja:

1. Kesatuan Demokratik Malaya (MDU),
2. Persekutuan Kesatuan-kesatuan Sekerja SeMalaya,
3. Kesatuan Perkhidmatan Perkeranian P.Pinang, Perak, Selangor dan Melaka,
4. Liga Pemuda Demokratik Baru Malaya,
5. Persatuan Bekas-bekas Gerila Anti Jepun Malaya,
6. Parti Komunis Malaya (PKM),
7. Kesatuan Buruh Am
8. Kongres India Malaya (MIC),
9. Dewan Perniagaan India Selangor,
10. Dan pelbagai pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan umum.

Sebelum pembentukan Umno, beberapa buah pertubuhan dan parti-parti politik di dalam dua gabugan ini telahpun mula memperkasakan perjuangan kemerdekaan mereka sejak seawal tahun 1940an lagi sehinggalah ke tahun 1948.


Perlembagaan Rakyat PUTERA-AMCJA

Hasil daripada usaha gigih para pemimpin PUTERA-AMCJA pada masa itu, maka termaktublah satu draf Perlembagaan Rakyat (People’s Constitution) yang telah disampaikan kepada kerajaan British pada tahun 1947, bagi memohon perkenan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara Malaya.


Umno khianati kemerdekaan

Akan tetapi, adalah amat dukacita sekali pada masa itu, di mana Umno telah mengemukakan bantahan mereka terhadap cadangan Perlembagaan Rakyat dan Kemerdekaan Malaya yang diusahakan oleh PUTERA-AMCJA pada masa itu atas alasan ianya terlalu “kiri”.

Akibat hasutan demi hasutan yang dilakukan oleh Umno, kerajaan British mengambil keputusan untuk menolak terus cadangan Perlembagaan Rakyat dan Kemerdekaan Malaya yang dipelopori oleh gabungan PUTERA-AMCJA dan ini adalah merupakan pengkhianatan kali kedua terhadap kemerdekaan negara ini oleh Umno.


Pengharaman PUTERA-AMCJA dan Darurat

Berikutan hasutan yang berterusan para pemimpin Umno, pada awal 1948, kerajaan British Malaya telah mengambil keputusan untuk mengharamkan gabungan-gabungan PUTERA-AMCJA beserta dengan beberapa parti-parti komponennya dan memenjarakan beberapa pemimpin utamanya atas alasan gabungan tersebut telah bertambah “militan dan berbahaya” terhadap negara.

Akibat daripada pengharaman tersebut, seluruh usaha perjuangan kemerdekaan PUTERA-AMCJA terbantut dengan juga penangkapan beberapa pemimpinnya, manakala para pemimpin utama lain seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Mat Indera dan sebagainya telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan mereka melalui peperangan gerila dengan menyertai PKM.

Oleh kerana perjuangan bersenjata telahpun bermula, maka kerajaan British Malaya mengisytiharkan Darurat pada tahun yang sama dengan alasan “PKM telah melancarkan perang terhadap kerajaan Malaya”.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno sememangnya telahpun mengkhianati perjuangan kemerdekaan negara kita ini sejak dari awal lagi dan berjaya merampas peranan pada tahun 1957 tersebut hasil kerjasama mereka dengan pihak penjajah.

Dan sejak daripada itulah, Umno mengecap gabungan PUTERA-AMCJA sebagai komunis dan pengganas sehinggalah ke hari ini.

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111