" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, September 28, 2011

WARKAH KESAL BLOGGER UMNO MINTA SENATOR INI BERUNDUR !

Main Belakang:Mashitah Wajar Berundur Atau Perlu Diundurkan.

Mashitah Ibrahim satu nama yang mula dikenali ramai di penghujung tahun 90an melalui ceramah-ceramah agamanya. Memiliki wajah yang cantik dan petah berkata-kata membuatkan ramai yang terpukau dengannya.

Saya sendiri pun memang cukup meminati Mashitah kerana bagi saya dia ada pakej yang tersendiri. Saya cukup suka mendengar Mashitah berceramah atau menyampaikan ucapan. Tutur kata dan susunan-susunan ayat yang digunanya cukup kemas.

Begitu juga dengan rencana-rencana tulisannya yang disiarkan setiap hari rabu di Utusan Malaysia. Memang ralit membaca tulisannya. Padat, bernas dan disusuli pula dengan susunan ayat yang kemas dan mudah difahami. Dalam ramai-ramai pemimpin-pemimpin Umno yang menulis rencana di akhbar, saya berani katakan Mashitah adalah yang terbaik.

Hari ini Mashitah menulis di Utusan Malaysia, rencananya bertajuk Kemelut hudud, hipokrasi atau kuku besi ?

Dengan penuh bersemangat saya mula membaca tulisan itu, tengah ralit membaca tiba di perenggan ke 17 saya benar-benar tersentak apabila Mashitah yang kita semua kenali sebagai seorang yang berimej ustazah dan seorang timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama islam menggunakan perkataan 'main belakang' sebagai ganti perkataan liwat.



PKR nampaknya mencari jalan selamat, kerana parti itu amat bergantung kepada sokongan orang Melayu, maka dengan memberikan sokongan kepada HHK, bererti serangan dari dalam Pas tidak akan berlaku. Jika ini dapat dipertahankan, maka penyokong tegar Pas akan memberikan sokongan kepada Anwar untuk terus mencari helah dan memperlambatkan perbicaraan kes "main belakang" yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Selepas membacanya saya terus berhenti seketika kerana terkejut dengan penggunaan perkatan itu dari seorang wanita yang berimej warak dan dalam masa yang sama beliau juga seorang timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama islam.

Mana mungkin seorang timbalan menteri yang jaga hal ehwal agama islam, yang jaga mufti-mufti, yang jaga imam-imam dan yang jaga hukum hakam agama islam dan lain-lain lagi yang berkenaan islam boleh guna perkataan tidak senonoh seperti itu.

Apa kita akan kata jika kita dengar seorang ustazah mengajar agama berkata "sebelum main dengan suami kita harus baca doa terlebih dahulu" ? Sudah tentu kita akan kata ustazah tersebut tidak senonoh kerana menggunakan perkataan main. Perkataan yang betul adalah hubungan seks.

Jika kaki-kaki kedai kopi atau blogger-blogger seperti kami yang guna perkataan main orang tak pelik. Tapi apabila seorang timbalan menteri, seorang wanita dan seorang yang dikenali orang yang berimej agama menggunakan perkataan itu , ianya sesuatu yang memalukan.

YB-YB lelaki pun tak pernah guna perkataan tersebut secara terbuka, tapi seorang YB wanita pula yang guna. Apa salahnya jika dia guna perkataan liwat ? Nak tunjuk jaguh dia berani serang Anwar Ibrahim kot ?

Sebagai seorang timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama sepatutnya Mashitah menasihati rakyat agar bercakap atau menulis dengan menggunakan perkataan yang elok-elok dan baik-baik. Tapi dia pula yang guna perkataan tidak senonoh. Inilah yang dinamakan cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari.

Sebelum ini saya pernah juga terdengar orang bercakap pasal Mashitah. Ada yang kata dia gedik dan sebagainya. Tapi saya tak pernah nak ambil peduli kerana saya beranggapan itu suara-suara orang yang dengki kepadanya .Maklumlah Mashitah adalah payung terjun dalam politik. Tetapi selepas melihat ayat yang digunakan dia hari ini , saya sudah boleh mengagak bagaimana peribadi Mashitah yang sebenar. Maka tidak salahlah kalau saya percaya apa yang orang perkatakan selama ini.

Sekarang juga baru saya faham kenapa dia pernah bergaduh dengan jirannya berhubung isu ceroboh tanah pada tahun 2002 sehingga terpaksa di bawa ke mahkamah.

Mashitah perlu berundur secara sukarela dari segala jawatannya sekarang kerana dia telah menunjukkan sikap yang tidak baik. Apa guna dia terus memegang jawatan berkenaan jika dia tidak lagi dihormati.

Tidak malukah dia dengan para-para mufti dan imam-imam dan alim-alim ulamak ?

Jalan terbaik adalah berundur. Jika dia enggan berundur, PM harus mengundurkan dia kerana apa yang dilakukan oleh Mashitah hari ini telah mencemar imej kerajaan.

Jika rakyat diminta menolak Anwar Ibrahim kerana tidak bermoral, perlukah kerajaan hari ini menyimpan seorang wanita yang tidak menunjukkan moral yang baik sesuai dengan jawatan yang dipegangnya ?

Teringat masa kecil-kecil dulu, mak dan arwah ayah selalu pesan kepada adik beradik perempuan. Kata mereka, tak guna ada wajah yang cantik jika tiada akhlak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111