Oleh Ahmad Zawawi
Sudah jelas dan nyata UMNO/BN sangat-sangat terdesak mahu menagih sokongan rakyat untuk diamanahkan semula Negeri Selangor kepada mereka pada PRU ke 13 nanti. Kronologi memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat daripada hari pertama mereka berkuasa seperti beberapa tunjuk perasaan mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan, pameran kepala lembu, tuduhan salahguna kuasa terhadap Menteri Besar PR itu tidak berkesan dan mereka amat kecewa
Para pelajar UiTM juga tidak ketinggalan membantu walaupun terdedah kepada risiko tindakan dibawah AUKU 1971. Seawal pagi pada 12 Ogos 2008 seramai 5000 pelajar berarak dan berkumpul dihadapan Pejabat Pentadbiran Kerajaan Selangor diShah Alam dalam acara menyampaikan Nota Bantahan kepada Tan Sri Khalid ( Menteri Besar) kerana menyuarakan pandangan supaya dibuka peluang kepada pelajar bukan bumiputra menuntut di UiTM.
Walapun berbagai tektik, teknik dan strategi diperguna namun keadaan Kerajaan Pakatan Rakyat nampaknya tidak terjejas langsung malah bertambah mantap. Pilihanraya Umum ke 13 sudah mengetuk pintu dan bagi BN diSelangor “Time is running out”. Satu usaha berbentuk make or break terpaksa dilakukan. Mulai hari ini 240 ADUN Barisan Nasional dari seluruh negara merelakan diri menjadi anak-anak angkat di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Negeri selangor Darul Ehsan. Selama 3 hari ini mereka akan selesaikan apa sahaja masaalah yang dihadapi oleh Rakyat Selangor selama 3 tahun lebih ini. Purata 1 hari digunakan untuk menyelesaikan masaalah yang terkumpul dalam setahun. Jika diguna pendekatan matematik kehadiran seperti ini tidak lebih daripada bertukar angin.
Didalam kesediaan melakukan fantastic diNegeri Selangor ini sudah pasti kawasan sendiri akan terabai. Jika diSelangor sudah 3 tahun lebih rakyat tidak dijenguk apa pula bezanya ditempat-tempat lain. Ini dapat dilihat kepada perbahasan diDewan-Dewan Undangan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Wakil Rakyat BN sentiasa sahaja menuduh Kerajaan pimpinan PR tidak cekap kerana sudah 3 tahun memerintah masih tidak dapat selesaikan masaalah rakyat. Yang selama 50 tahun ta` maju-maju semasa BN memerintah tidak pula diklasifikasikan sebagai tidak cekap.
Saranan kepada Pimpinan Cabang(PKR), Kawasan(PAS) dan Daerah(DAP) ambillah peluang bertanya khabar di 240 Kawasan tanpa ADUN selama 3 hari ini. Anjurkan Ceramah-Ceramah Kelompok untuk mendekati rakyat. Ceramah Kelompok tidak memerlukan permit berhimpun kerana ianya diadakan didalam bangunan sendiri. Jika BN yakin gerak kerja mereka selama 3 hari mampu merampas Selangor, saya yakin PR juga boleh lakukannya. Terlalu banyak Isu yang dihadapi rakyat tanpa sebarang pembelaan seperti harga barangan pengguna yang saban hari semakin meningkat. Jika anggota parti dalam Pakatan Rakyat mampu mendekati rakyat dan memahami masaalah yang sedang mereka hadapi, yakin dan percayalah bukan setakat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sahaja dapat dikekalkan. Beberapa Negeri yang sekarang 50-50 atau 40-60 boleh juga ditawan.
No comments:
Post a Comment