" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 4, 2011

Bajet Pakatan Akan Atasi Bajet 'Morfin' BN

Pakatan Rakyat akan melancarkan Belanjawan 2012 versinya dengan nama Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 esok. Belanjawan itu akan dibentangkan di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1 tengahari esok.Antara yang akan menghadiri majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Terdahulu, PAS menasihatkan rakyat berhati-hati terhadap pembentangan bajet tahun depan yang dijangka menyaksikan sektor awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat patut membandingkan antara bajet alternatif Pakatan Rakyat dan bajet kerajaan BN yang “sekadar menyuntik morfin”. “Selepas kesan morfin hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, jalan keluar hanya dengan mengundi “apa-apa sahaja selain daripada Umno BN” pada pilihan raya akan datang. Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengaitkan bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi dengan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. “Alangkah baiknya kalau pilihan raya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun,” sindirnya.

Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, melalui banyak pilihan raya kecil, rakyat ditabur dengan pelbagai janji yang sebahagian besarnya didakwa masih belum ditunai. “Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji ‘janji yang lama’ akan dilaksanakan bersama ‘janji yang baru jika ‘rakyat bantu BN sekali lagi’ terlebih dahulu untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.

1 comment:

  1. Bak kata Tok Guru ore bagi beras kita ambik, ore bagi kain pelikat kita ambik, ore bagi duit pun kita ambik...apatah lagi naik gaji...kita ambik!tapi kalu pakoh kita pakoh bule penuh!Takbirrrr...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111