" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 4, 2011

Pesta Konvo UUM: Moga tak timbul ibu sedih, bapa risau

Saya rasa terpanggil memberi komentar terhadap keluhan ibu seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengadu kerisauannya terhadap penganjuran pesta konvokesyen yang sedang hangat berlangsung ketika ini.

Tahniah pada ibu tersebut atas tanggungjawab dan kegusaran beliau terhadap apa yang sedang dihidangkan penganjur pesta konvokesyen tersebut. Ternyata ia kena pada tempatnya seperti yang terdapat dalam beberapa foto di bawah.

Sikap prihatin begini sepatutnya ada pada semua ibu bapa dan penjaga bagi memastikan apa yang diterima anak-anak jagaan mereka tidak lari dari kerangka yang sepatutnya. Perkara ini harus diambil tindakan serius oleh pihak UUM!

Dewasa ini, seringkali kita dihidangkan dengan masalah sosial yang sangat parah dan sedang menyerang anak-anak muda.

Hakikat sebenarnya, di waktu usia muda inilah, darah muda mereka sedang merasuk jiwa. Lantaran itu, mereka sangat mudah terpengaruh.

Justeru itu, di kala mereka terpilih sebagai mahasiswa, maka peluang dan ruang yang ada harus digunakan oleh universiti bagi membentuk, mendidik dan membajai anak-anak muda dengan roh-roh keilmuan dan kefahaman Islam yang jitu.

Ini supaya mereka diberikan bekalan dan pengajaran yang sepatutnya di kala proses pengajian mereka di universiti.

Semua pikul tugas


Maka tanggungjawab ini sepatutnya dipikul pihak universiti, untuk memastikan bekalan modal insan pada negara di masa hadapan cukup dan berkualiti bagi menjamin hala tuju negara lebih cerah dan harmoni.

Secara wajarnya, segala penganjuran aktiviti yang boleh merosakkan minda dan mengurangkan nilai seseorang insan, seperti konsert berlebihan dengan menjemput artis berimej melampau, tari menari dan pergaulan bebas.

Dan tugas ini terpikul pada semua staf yang mengendalikan jiwa anak muda di universiti, bermula dari naib cancelor hingga ke peringkat staf sokongan yang terbawah, bagi menjamin kualiti pengeluaran modal insan berada di peringkat tertinggi.

Disarankan agar penganjuran acara sebegini terus disekat serta-merta dan dipantau di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Larangan dan tegahan mestilah sentiasa dikuatkuasa dari semasa ke semasa.

Dengan itu sekurang-kurangnya, jaminan agar negara ini memiliki warga yang lebih cerah ilmu, lapang pemikiran, dan bebas masalah sosial wujud.

Pihak universiti juga, khususnya UUM harus memohon maaf secara terhormat kepada ibu bapa semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian atas keterlanjuran menghidangkan hiburan berlebihan kepada anak bawah jagaan mereka dan harus memberi jaminan tidak mengulanginya lagi, serta insaf terhadapa dosa yang dilakukan.

Dengan itu, imej universiti secara automatik bersih dan naik, seterusnya mampu menjurus kepada hasrat UUM untuk menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuda pada masa hadapan.

Moga tidak akan timbul pula ibu sedih, bapa risau, mak cik gundah dan pak cik bimbang akan masa depan anak jagaan mereka.

- Murshid Zainul Ariffin - Malaysia Kini

Isu berkaitan:

Ibu kecewa: Ekspo konvo UUM dipenuhi program melalaikan

Saya ingin melahirkan kekecewaan kepada pihak pentadbiran UUM di atas apa yang berlaku sewaktu majlis perasmian konvokesyen yang baru sahaja bermula beberapa hari yang lepas.

Anak saya ada menceritakan pihak universiti telah menjemput artis luar bagi membuat persembahan pada malam perasmian konvokesyen tersebut.

Apa yang mengecewakan saya adalah keadaan dan suasana pada malam tersebut amatlah teruk terutama sekali sewaktu persembahan artis itu berlansung. Dengan keadaan siswa dan siswi yang tidak terkawal, bercampur gaul, melaung, melalak dan terkinja-kinja (gambar kiri).

Langsung tidak mencerminkan suasana di sebuah universiti yang seharusnya dipenuhi dengan program-program yang bersesuaian dengan tarafnya sebuah universiti.

Saya juga difahamkan pihak universiti telah menghabiskan duit berjumlah beribu-ribu ringgit semata-mata untuk menjemput artis-artis dari luar bagi membuat persembahan di sepanjang ekspo konvokesyen berlansung.

Alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk perkara yang memberi manfaat kepada pelajar. Apakah hasil yang diperolehi oleh universiti dan pelajar dengan mendatangkan artis-artis tersebut?

Tidakkah ia menambahkan lagi barah gejala sosial dalam kalangan siswa dan siswi? Mengapa tidak dijemput artis-artis yang mampu memberi kesan yang baik dan positif kepada mahasiswa walhal ramai lagi artis-artis di luar sana yang boleh dijadikan contoh untuk diikuti.

Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UUM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru di alam universiti.

Saya bimbang jika perkara ini tidak dikawal akan memberi kesan yang negatif bukan sahaja kepada anak saya bahkan kepada seluruh pelajar lain di UUM.

Saya dan seluruh keluarga meletakkan harapan yang tinggi kepadanya agar dapat menjadi seorang pemimpin yang baik pada suatu masa nanti, kerana dialah satu-satunya anak saya yang dapat menjejakkan kaki ke menara gading.

Saya berharap agar pihak pentadbiran UUM mengambil serius akan keluhan seorang ibu. Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti, seterusnya dapat mencapai hasrat universiti yang ingin menjadi universiti pengurusan terkemuka pada suatu hari nanti.

Ibu kecewa,
Sabak Bernam, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111