" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 2, 2011

Bila Umno Hendak Minta Maaf Kepada Raja - Raja Melayu

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYaSPxX-yLL-6EcylWdOuvDifAZ6jVFM_-HaURXQWejagOPStW2LlRiTRLlr3g5A8KMnBDwosGfu4vEFrrK78gnTIxpEuJV1cuKM8iB5FyfjPmU0uHUtQs12nQornxblak7ZWYzejbBM7s/s1600/sidang+khas+hapus+kekebalan+raja.jpgmpatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang.

Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan.

Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.

YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?.

Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja?

Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHSq7nVwHPuXhXt3zf97lvIOA1iVjDRAjdzLjQUn5UGZkpVZfr8oHqaAzJZwXwB26q0tsHsOWyS6JaH1rUToBQv6lbSVa4Nku9WKkmlKcSE-f1H-5rhByPFhzfRADyc_6CemzrU4Rm4As/s1600/umno+derhaka.jpg

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111