" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 10, 2011

Bn Perak : Utamakan Budaya Kronisme ?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat rundingan kerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Phttp://2.bp.blogspot.com/_beuXvfzi8y4/SaYP7wv-M0I/AAAAAAAAAKg/WA0I8-7hrgM/s200/zambry-kadir.jpgerak menunjukkan mereka tidak lagi sebarisan kerana komponennya tidak lagi mempercayai kewibawaan pengerusinya dan mematuhi arahannya.

Rakyat patut membuat perubahan dengan menilai slogan mereka, dimanakah letaknya "1malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Pengerusi BN Perak sudah menyatakan perasaan cemas beliau dengan tuntutan pelbagai dari komponennya. Malah berhadapan dengan ragam bakal calon dalam mengatur strategik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Kami melihat Perak adalah tempat lambakan pemimpin BN yang bermasalah kerana negeri ini jatuh di tangan kudeta yang disokong oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang bermasalah bukan dari parti kompenan BN.

Komponen BN Perak tidak punya pemimpin yang berkaliber dan berkredibilti sehingga kini. Rotation calon BN untuk PRU akan datang berlaku hanya sekadar mengubah selera bukan membela nasib rakyat kerana amalan ini hanya dilakukan demi menjaga kroni-kroni mereka, penindasan tetap juga berlaku dan perpecahan tercetus yang hanya menanti belah sahaja. Kawasan yang dimenangi BN pada PRU12 yang lalu sudah tidak selamat lagi. Kita lihat siapakah yang bakal menjadi mangsa dan dikambing hitamkan dalam percaturan politik kronisme BN yg diketuai kudeta kini.

Dengan melihat komen bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamed baru-baru ini yang mengakui bahawa Umno adalah parti yang lemah dan kekuatannya hanya bergantung dengan jentera kerajaan sejak ianya di tubuhkan adalah pengakuan yang kini berlaku di Negeri Perak. Ianya jelas sebenarnya jentera Umno lumpuh akibat kronisme yang menebal serta budaya amalan rasuah yang tidak boleh dipinggirkan. Malah sepertimana yang berlaku di Perak pada awal Februari 2009 yang lalu menunjukkan Perundangan atau Perlembagaan sedia ada tidak dipatuhi.

Budaya Umno yang korup dan makin membarah ini tidak lagi boleh diterima oleh masyarakat kini kerana masyarakat kini sudah celik dan berpendidikan tinggi bukan lagi dijajah seperti perumpamaan 'katak di bawah tempurung'. Kami mengharapkan rakyat Perak terus bersama Pakatan Rakyat (PR) untuk tegakkan keadilan dan bersama kebenaran, jauhkan dari sebarang persengketaan, berpadu demi perlembagaan untuk tolak segala penipuan Umno / BN yang sudah banyak penyelewengan dalam 54 tahun pemerintahan lalu.

ZAWAWI HASSAN
Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111