" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 31, 2011

Dakwah perlu bantuan semua masyarakat

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

DAKWAH biasanya bererti mengajak kepada Islam. Bahasa Arab dakwah bermakna secara harfihttp://foto.uii.ac.id/wp-content/uploads/2011/05/2011.02.22.-Pelatihan-dakwah-islamiyah-3.jpgah menyeru atau mengajak, dijadikan(participle) aktif suatu kata kerja dengan pelbagai makna seperti memanggil, menjemput.

Seorang Muslim yang menjalankan tugas dakwah, sama ada dia seorang ahli agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar sebagai da’i, jamaknya adalah du’at.

Seorang da’i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai muballigh (penyampai ajaran agama Islam).

Dalam konteks dakwah Islam, tujuan dakwah adalah untuk menjemput orang, yang asal memang daripada keluarga Islam dan juga yang bukan Islam, ia untuk menjelaskan aspek penyembahan kepada Tuhan yang sebenar-benarnya seperti disebutkan dalam al-Quran, dan juga untuk memberitahu mereka berkaitan Nabi Muhammad s.a.w. Dakwah juga terdiri dari tugasan untuk menjelaskan Islam melalui tindakan, perbincangan atau dialog.

Kaedah untuk menarik perhatian sasaran dakwah:

1. Mempermudahkan dan kelonggaran yang diberikan

Masyarakat non Muslim (bukan Islam) diberi pilihan dengan tidak ada paksaan untuk menerima Islam. Mereka boleh menilai dengan melihat kepada keperluan fitrah semula jadi yang ada dalam diri mereka.

Islam sentiasa membenarkan pendakwah mempermudahkan dan menarik alternatif bagi memberi kelonggaran dalam beberapa hal kepada bukan Islam dan saudara baru memeluk Islam.

2. Dakwah bil hal.

Setiap perilaku dan amalan harian para pendakwah dan umat Islam hendaklah mencerminkan kesucian Islam yang menjamin kesejahteraan dan ketenteraman sejagat.

Setiap tindakan akan dilihat oleh masyarakat bukan Muslim untuk dinilai sebelum menerima Islam. Tingkah laku mestilah berasaskan nilai tauhid, mengikut syariat Islam serta berbentuk ajakan kepada kesempurnaan Islam.

3. Dakwah melalui pendidikan.

Pendidikan Islam sendiri merupakan proses mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai fitrah insaniah. Proses pendidkan Islam ini akan membina akhlak dan membawa kepada kehidupan yang sempurna.

Dakwah secara ini perlu merujuk kepada cara dakwah Rasulullah s.a.w. semasa di peringkat awal Islam yang lebih memberi penekanan kepada psikologi, rohani dan perasaan dengan menganjurkan kelas-kelas fardu ain, ceramah, forum dan apa yang dilihat bersesuai dengan tuntutan semasa.

4. Dakwah melalui pergaulan Islam telah menggesa kepada umat Islam umumnya dan para pendakwah khususnya supaya mewujudkan suasana pergaulan yang baik dan menunjukkan jalan yang lurus kepada masyarakat yang belum Islam atau bukan Muslim. Para pendakwah harus mengenali latar belakang masyarakat yang hendak diseru itu terlebih dahulu supaya dapat melicinkan pergaulan dan proses bermuamalah dengan mereka.

5. Dakwah melalui ziarah.

Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan bukan Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktuwaktu yang diperlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan.

Tribulasi yang dihadapi oleh tenaga pengajar

Apabila dilihat dari aspek dakwah dari sudut teori dan praktikalnya, ia memperlihatkan bahawa dakwah atau seruan kepada menerima Islam sebagai agama yang universal memang kelihatan indah jika ia mendapat sokongan padu di kalangan mereka yang menerajui sesebuah pertubuhan yang mengendalikan tugas dakwah melalui pendidikan atau pembelajaran.

Kesedaran bukan Muslim kepada Islam boleh dikatakan positif dan mendapat sambutan yang menggalakkan sejak kebelakangan ini. Mereka yang datang pada peringkat awal dalam pengajian sebagai pemerhati, tetapi apabila telah mendengar dengan baik penjelasan mengenai ketuhanan Allah Yang Maha Hebat, mereka tidak ragu-ragu, bukan sekadar mereka menerima dan mahu berubah, malah menceritakan pula apa yang didengar kepada rakan-rakan mereka yang masih lagi berada dalam kepompong agama asal mereka.

Penerimaan mereka kepada Islam bertambah baik dari semasa ke semasa, inilah pengalaman yang penulis lalui bersama rakan-rakan tenaga pengajar di sebuah pertubuhan Islam (tidak mahu sebut nama institusi berkenaan) yang menganjurkan kelas-kelas pengajian agama terutama kepada saudara-saudara baru ataupun mereka yang sudah menampakkan kecenderungan kepada Islam. Tenaga-tenaga pengajar ada yang terdiri daripada pensyarah universiti tempatan, pendakwah bebas, yang sedang menyediakan tesis MA dan PhD dan sebagainya.

Bagi tenaga pengajar seperti penulis yang bekerja dengan memperolehi pendapatan tetap tidak menjadi masalah, walaupun kelas-kelas pengajian itu dijanjikan bayaran, tetapi agak lambat dan kadang-kadang mengecewakan.

Apa yang jelas, bagi tenaga pengajar yang sepenuh masa mencurahkan ilmu di situ, menghadapi dilema kerana apabila lambat menerima bayarannya, ia akan menjejas prestasi dan kualiti penyampaiannya, kerana mereka ini tinggal di bandar yang semua pihak sedia maklum, tidak ada yang percuma, semua perlu dibayar, mereka pula bukan malaikat dan mempunyai anak yang ramai.

Apabila kita bandingkan keberkesanan para muballigh Kristian yang dibantu dan dibiayai sepenuhnya tugasan mereka berbanding dengan para pendakwah, ustaz, pendakwah dan apa pun namanya, maka jelas kelihatan bahawa program Kristianisasi akan dapat diterima kerana kesungguhan para muballigh yang tidak perlu memikirkan tentang bayaran, malah fokus diberikan kepada tumpuan dakwah Kristianisasi, sementara muballigh Muslim pula tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, kerana pihak yang memegang jawatan utama dalam pertubuhanpertubuhan Islam tidak memainkan peranan yang sewajarnya, malah berbangga dengan jawatan yang disandang dan kurang melakukan pemantauan terhadap kelas-kelas pengajian yang dijalankan.

Jom riadah bersama keluarga dan teman-teman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111