" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 31, 2011

Murtad: Ingat pesan Umar al-Khattab

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

PERBINCANGAN mengenai gejala kemurtadan umat Islam di negara ini tidak pernah berkesuhttp://2.bp.blogspot.com/-dCbduPdkdjQ/TnfSBBcgMII/AAAAAAAAAfI/CC0MUcAWZ-Q/s400/murtad.jpgdahan.Walaupun aktiviti memesongkan kepercayaan penganut Islam dikesan berlaku sejak sekian lama dan siri perbahasan mengenainya diadakan berulangkali, ia tidak pernah ada penyelesaian muktamad.

Isu itu sekadar timbul dan memuncak seketika, sebelum tenggelam tanpa disertakan langkah atau keputusan konkrit mengelakkan gejala itu berterusan.

Baru-baru ini isu murtad dijulang kembali. Ia terlonjak ekoran pemeriksaan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke sebuah premis di Petaling Jaya, 3 Ogos lalu. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama Kristian dikatakan menyewa premis berkenaan untuk majlis makan malam.

Anehnya, penganjur turut menjemput sebilangan umat Islam ke majlis yang diadakan pada bulan Ramadan itu.

Siasatan Jais mendapati kehadiran mereka bukan semata- mata bertujuan menjamu selera, tetapi disirati agenda pihak penganjur yang didakwa cuba memesongkan akidah mereka.

Perkara itu disahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi titah Baginda Isnin (10 Oktober) lalu. Selaku Ketua Agama Islam negeri, Baginda melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha pihak terbabit yang cuba melemahkan kepercayaan penganut Islam.

“Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan pada masa hadapan,” tegas baginda.

Biarpun baginda memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap pihak yang menceroboh kesucian akidah umat Islam dalam kes itu, pendirian itu tidak sepatutnya dianggap suatu kompromi.

Sebaliknya, ia isyarat dan amaran amat tegas kepada mana-mana pihak bahawa Sultan dan Raja Melayu tidak akan bertolak ansur apabila akidah dan kepercayaan umat Islam diganggu-gugat.

Ekoran kenyataan itu pelbagai pihak tampil dengan reaksi positif. Kesemua mereka tanpa mengira fahaman politik dan status sosial bersetuju supaya gejala murtad dibendung habishabisan.

Ada yang menyeru agar sebarang usaha membanteras aktiviti memurtadkan umat Islam tidak dipertikaikan. Ada pula ulama menyarankan agar digubal suatu akta yang menyediakan hukuman keras terhadap mereka yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

Apatah lagi ketegasan Sultan Selangor itu dilihat seiringan dengan apa yang diluahkan Pemangku Raja Perak, Dr Raja Nazrin Shah, tepat tiga minggu sebelum itu. Dalam titah ucapannya di Kongres Majlis Agama Islam Negeri- Negeri seluruh Malaysia di Kuala Lumpur, 26 September lalu, Dr Raja Nazrin Shah turut menyentuh gejala sama.

“Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan – satu nyanyian, satu perkhemahan – satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam – setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah – satu ceramah,” titah Baginda.

Ketegasan pihak istana selaku Ketua Agama negeri-negeri telah disuarakan. Reaksi positif dari khayalak agamawan dan pemimpin masyarakat juga sudah didengari. Namun, sejauh manakah kita akan menemui jalan terbaik menghentikan penularan gejala murtad ini?

Ataukah ia sekali lagi akan mengulangi episod-episod lepas yang menyaksikan isu ini tenggelam begitu sahaja tanpa penyelesaian dan bakal kembali timbul dengan kes menggemparkan suatu hari nanti?

Dalam hal ini, umat Islam seharusnya ingat pesanan Sayidina Umar ibn al-Khattab r.a. dengan katanya: “Kita adalah kaum yang telah diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Andai kata kita cuba mencari kemuliaan dengan yang selain daripada Islam, nescaya kita akan dihina oleh Allah.”

Maksudnya, dalam apa pun kes atau isu dihadapi, umat Islam sepatutnya tidak mengenepikan ajaran agama sebagai penyelesaian. Oleh itu dalam keghairahan mencari kaedah atau jalan terbaik menyelesaikan gejala murtad ini, sewajarnya kita kembali kepada apa yang ditawarkan Islam.

Dalam hal ini semua pihak wajar memperakui hakikat bahawa hanya kanun jenayah Islam yang secara jelas menyenaraikan perbuatan murtad sebagai kesalahan jenayah.

Justeru, mana-mana pihak yang sangat menentang usaha memurtadkan umat Islam tetapi sebelum ini tercelupar mempertikaikan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS wajib segera bertaubat, menyesali keterlanjuran mereka dan tampil menyatakan sokongan penuh terhadap usaha mendaulatkan hukum Islam itu.

Mudah-mudahan dengan tertegaknya hukum Islam itu akidah dan kepercayaan umat Islam tidak lagi dicerobohi pihak lain, sekali gus menjamin kemuliaan Islam, menepati ingatan Sayidina Umar r.a. itu.

Jom riadah bersama keluarga dan teman-teman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111