Oleh Abu Firdaus
Ancaman ini adalah yang kedua setelah tidak lama dahulu Ankara menyatakan pendiriannya untuk memutuskan hubungannya dengan Israel.
Satu lagi hubungan yang boleh dijadikan ancaman politik oleh Turki ialah kemungkinan tindakan serupa ke atas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).Ketiga-tiga hubungan itu selama ini merupakan dimensi takrifan Turki sebagai negara yang menjadi sekutu Barat.
Hubungan Turki dengan pihak Barat seperti tidak seimbang, lebih menguntung Reccep Tayyip Erdogan mereka daripada kepentingan nasional, apatah lagi ummah.
Barat mahu Turki menjadi benteng kepada sebarang kemaraan Rusia dan komunisme. Sebab kehadiran Turki dalam Nato penting bagi mereka.
Negara-negara ini mahu Turki bukan saja mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel tetapi bersikap mesra padanya.
Tetapi keinginan Turki untuk menyertai EU ditolak dengan pelbagai dalih hingga Ankara kelihatan berputus harap.
Maka kemahuan Turki supaya Cyprus Utara diiktiraf juga tidak dilayan oleh pihak Barat yang terpaksa diikuti oleh dunia.
Apa yang boleh diterima oleh Barat hanyalah tidak memaksakan penyatuan Cyprus.
Selain itu, mereka menerima kedudukan Turki terhadap isu Armenia dan Kurdistan.
Tentu keadaan ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan rakyat Turki yang mahu negara mempunyai teras dasar luar Islam.
Maka ternyata dalam banyakbanyak hal, mereka memilih Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) untuk membawa aspirasi mereka walaupun parti itu terpaksa menampilkan diri sebagai sekular sebagai menepati perlembagaan.
Erdogan ketika mula memegang kuasa tidak mengubah atau meminda sebarang kebiasaan amalan Turki. Tumpuannya adalah kepada urus tadbir baik, kebajikan dan pembangunan.
Tetapi apabila masuk ke penggal kedua barulah Erdogan menzahirkan aspirasi Islaminya.
Beliau tidak menyebut Islam, tetapi hanya menyatakan kehendak rakyat dan kepentingan nasional, itulah prinsip Islami.
Untuk melaksanakan aspirasi ini, langkah pertama ialah menjadikan Turki benar-benar demokratik dan tidak dibelenggu dengan kuasa tentera yang memaksa fahaman sekularisme Attaturk.
Bagi mana-mana gerakan Islam, asas dasar luarnya tentulah mengutamakan ummah daripada nasional dan rantau apatah lagi pihak Barat.
Maka perhatian Ankara adalah ke arah Israel di mana kewujudannya dahulu adalah satu kesilapan yang mana Turki tidak berupaya menghalang.
Tetapi pada masa ini, apa yang boleh dilakukan oleh Ankara ialah berusaha membantu penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan selamat daripada Israel.
Kedua ialah menyelesaikan isu Cyprus secara muktamad.
Kalau Cyprus Utara mahu merdeka, maka keinginannya perlu dihormati.
Jika dua-dua kehendak Turki ini dihalang, maka pemutusan hubungan diplomatilk dengan Israel, EU dan Nato tidak menjadi masalah bagi Erdogan.
No comments:
Post a Comment