" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 10, 2011

Fakta tentang kebiadaban Israel

1.TAHUKAH anda bahawa setiap bangsa Yahudi yang ada di setiap negara di seluruh duniahttp://static.republika.co.id/uploads/images/headline/bakar-bendera-israel-_110825061959-705.jpg menjadi warga negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

2. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi?

3. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, tepi barat di Gaza dan dataran tinggi bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Syria?

4. Tahukah anda bahawa Israel menempatkan 85 peratus air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membagikan 15 peratus bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Tegasnya, Israel menempatkan 85 peratus air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15 peratus bakinya diberikan kepada 120,000 penduduk Palestin di daerah itu?

5. Tahukah anda bahawa Amerika menempatkan AS$5 bilion daripada penghasilan pajaknya setiap tahun untuk menyumbang Israel?

6. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sejumlah AS$188 bilion setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua benua Afrika?

7. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar AS$4 bilion dari Amerika yang terdiri daripada pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan asas yang diminta Israel untuk menjamin kekuatannya.

8. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tidak sengaja dalam kes pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lubnan yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111