" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 25, 2011

Jika kamu...


Jika kamu mengkagumi akal dan fikiran STEVE JOBS, dia telah mati.
Jika kamu suka nyanyian dan tarian MICHEAL JACKSON, dia juga sudah mati.
Jika kamu kata MIKE TYSON hebat bertinju, dia menangis di depan Kaabah.

Jika kamu kagumi petikan gitar SHAM KAMIKAZE, dia kini mencari redha Allah.


Jika dulu kamu suka jenaka BOB LOKMAN, dia kini menghambakan diri untuk dihina demi memperjuangkan agama Allah.

Jika dulu kamu suka berdangdut, kini IWAN RAJA DANGDUT ingin menghabiskan sisa hidupnya dengan berdakwah.

Jika kamu mengkagumi kekayaan Sultan Brunei, Baginda takut untuk tidak melaksanakan hukum Allah kerana bimbang apa yang ingin dijawab di hadapan Allah kelak.

Nama-nama hebat yang kamu kagumi akhirnya mati.
Mereka yang masih hidup pula, kini amat gerun dengan Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-An'am ayat 125 yang bermaksud:
''Sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.''

Jom riadah bersama keluarga dan teman-teman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111