" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 23, 2011

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA....


Daripada ibnu umar r.a berkata: berhadap rasulullah s.a.w kepada kami pada suatu hari, kemudian beliau bersabda: " wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah mengerjakannya, maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan allah swt.. Semoga kamu tidak menemui masa itu..

1- tiada terzahir perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2-tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3- tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada haiwan yang hidup di permukaan bumi ini tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh allah swt.

4- tiada mereka mungkir akan janji allah dan rasulnya kecuali allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.

5- apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum allah yang terkandung dalam alquran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka disaat itu allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri".
(Hadis riwayat ibnu majah)

Hadis diatas menerangkan bahawa:

1-penyakit THO'UN dan AIDS adalah berpunca daripada banyak berlaku perzinaan.

2- kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pemimpin adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3- kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat.

4- kemampuan musuh mengambil bahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum muslimin seperti hilangnya tanah palestin dari tangan kaum muslimin adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada allah swt.

5- perang saudara yang berlaku dikalangan kaum muslimin adalah berpunca daripada meninggalkan hukum-hukum allah swt. Dan tidak mahu menjadikan alquran sebagai undang-undang didalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111