" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 23, 2011

Sila beri borang ahli Umno padanya!!!

Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata:

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

Habis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN?

Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali.

Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah.

Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini.

Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong?

Tulang Besi

Ulasan GB

GB ada satu lagi bukti kukuh menunjukkan Dr.Hassan Ali berdusta.

Ini dia:

Himpunan Sejuta Umat dapat permit polis

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my



HASSAN (dua dari kiri) menerima buku terbaharu berkaitan akidah dari pendakwah bebas, Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz pada seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam di sini pada 22 Oktober ini bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di negara ini telah mendapat permit polis dan disokong kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, segala urusan termasuk permohonan permit bagi perhimpunan itu telah selesai dan pihaknya sedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit itu.

"Perbincangan awal telah dibuat dengan pihak berkuasa tertentu dan nasihat telah diberikan kepada kita berkaitan dengan perhimpunan aman itu.

"Kita akan pegang amanah itu dan setakat ini yang dimaklumkan kepada saya adalah tiada sebarang masalah dengan perhimpunan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia di sini semalam. -kosmo 13/10/2011.

Berita di atas MEMBUKTIKAN dengan jelas bahawa Dr. Hassan Ali menguruskan permit polis untuk Himpunan Sejuta Umat yang berlansung semalam. Bagaimana beliau boleh berkata beliau "tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak" seperti dilaporkan oleh TVSelangor?

InsyaAllah GB juga amat yakin dengan apa yang GB tulis selama ini adalah kebenaran. Kerana GB tidak menulis sebelum membaca doa ini:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

dan alhamdulillah, sungguh banyak kebenaran telah TERBUKTI hasil dari tulisan-tulisan GB sebelum ini. Gali di arkib jika tak percaya.

Pendedahan di atas BUKAN fitnah seperti yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar semalam.

Hujjah lawan hujjah! Kemukakan hujjah untuk membantah hujjah kami di atas.
Kita mahu dengar hujjah Hassan Ali sendiri atau dari pihak yang menyokong beliau,
berhujjah mengenai isu, bukan hujjah menyerang peribadi.

p/s Dan seperkara lagi yang menjadi persoalan, himpunan itu untuk memperjuangkan dan mempertahankan aqidah, tetapi mengapa tiada agenda solat Asar berjemaah dimasukkan? Majlis habis kira-kira jam 6.15 ptg. Apakah kesemua berkesempatan untuk sampai ke masjid atau rumah di dalam tempoh 45 minit sebelum masuknya waktu Maghrib? Daripada 5,000 itu berapa ramai agaknya yang tertinggal dan tak solat Asar sedangkan solat Asar itu menurut sesetengah ulamak adalah solat wustha (utama)? Tidak ada alasan darurat yang boleh digunakan untuk peristiwa semalam. Sedangkan waktu perang pun solat masih wajib didirikan (dengan kaedah tertentu), inikan pula di satu majlis demonstrasi yang hadirinnya kelihatan santai dan besahaja..

Apa ke jadahnya pertahankan aqidah jika Solat Asar pun tercicir? Jadikan teguran ini satu peringatan sekalipun mungkin nada GB keras demi mengelakkan kita terjerumus dan menjerumuskan umat ke lembah kebinasaan .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111