" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 4, 2011

Najib disepina di Paris?? Baru dia tahu langit tinggi atau rendah

Perdana Menteri Najib Razak mungkin tidak boleh mengelakkan diri dari disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera.

Kalau Mahkamah Malaysia Najib mungkin selamat tetapi belum tentu Najib dapat melarikan diri dari hadir di Mahkamah Paris. Kita akan lihat nanti bagaimana Najib menjawab pertanyaan soalan peguam. Mungkin beliau akan tahu langit tinggi atau rendah. Selalunya pemimpin di Malaysia selamat dari sepina kalau di Malaysia tetapi di luar Negara ‘imuniti’ itu tidak ujud.

Untuk rekod Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan. Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN.

Jika Najib disepina, dia terpaksa pergi ke Paris dalam tempoh satu atau dua bulan apabila kes ini didengar di mahkamah terbuka. Perkara ini pasti tidak akan menyenangkan perdana menteri.

Mungkin jika beliau disepina dan terpaksa hadir di Mahkamah Paris, maka pilihanraya umum tidak dapat diadakan pada tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111