" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 4, 2011

Plagiat keputusan: Pakatan mahu rujuk hakim ke tribunal

Petikan Malaysiakini

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini memfailkan notis kepada Dewan Rakyat untuk mengemukakan usul bagi merujuk seorang hakim Makamah Rayuan ke tribunal kehakiman.

(Nama tidak disiarkan Malaysiakini sementara mendapatkan reaksi sebagai memberikannya hak menjawab atau right to reply.)

Usul berkenaan adalah untuk menggesa perdana menteri menggunakan kuasa mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk hakim itu ke satu tribunal yang ditubuhkan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.


NONEAhli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata, hakim itu perlu dirujuk ke tribunal berkenaan atas dakwaan memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura.

Beliau didakwa memplagiat sebahagian daripada satu keputusan yang disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi GP Selvam, kata Karpal.

Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 29 September dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.

Katanya lagi, dakwaan tersebut merupakan sesuatu yang serius dan melanggar salah laku hakim.

Seorang hakim boleh menggunakan keputusan duluan oleh hakim lain, kata Karpal lagi.

"Tetapi dia kena beri penghargaaan (memetik penghakiman itu), jika tidak ia satu plagiarisme," katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Namun, menurut Karpal, memandangkan tiada jawapan diterima, maka ia dianggap terjumlah kepada pengakuan terhadap dakwaan tersebut, menurut sepucuk surat ahli parlimen itu yang dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan yang didakwa telah diplagiat pada tahun 2000 itu adalah berhubung satu kes melibatkan undang-undang hakcipta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111