Pas mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa. Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi.
Sebenarnya ini hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang melayu terus menyokong Umno, ketika parti ini tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat Kenyataan ini adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya.
InsyaAllah doa almarhum Ustaz Fadhil Nor dikabulkan Allah, supaya umur Tuan Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini.
Oleh itu Pas perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. Pas terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu. Kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti Pas mampu mememlihara Melayu Islam.
Begitu juga ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini. Pas yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010. Hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 RM718 juta. Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas.
Pas mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil. Merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak. Menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik. Bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik.
Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan, sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi.Mengkambing hitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment