" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 15, 2011

Gelombang PAS tawan semula Perak

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN

APABILA ke negeri Perak, saya sering bertemu dengan para aktivis parti dan bertanya mhttp://media1.malaysiakini.com/117/a8f0c9e769ad778656f31d8ed13fdeae.gifengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Jawapan mereka sangat positif bahawa mereka sedang membuat persediaan rapi dan berazam mengembalikan semula Perak ke pemerintahan Pakatan Rakyat seperti 2008.

Kita masih ingat, pada 6 Februari 2009 adalah tarikh hitam yang wajar diingat oleh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia pencinta demokrasi umumnya. kerana pada tarikh tersebut sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat (dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8/3/2008) telah dijatuhkan melalui kerjakerja tidak demokratik pemimpin Umno-BN.

Peristiwa hitam ini akan terus diingat. Oleh itu, kini Pakatan Rakyat, khususnya PAS, berazam dan bekerja keras untuk mengembalikan semula pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini lebih 25,000 orang telah hadir di majlis Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri di Bagan Serai, satu jumlah yang luar biasa, yang dapat menggambarkan sokongan yang terus bertambah daripada rakyat di tengah-tengah cabaran getir oleh musuh Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan rasa terharunya dengan sambutan ini yang menurutnya suatu isyarat yang sangat memberangsangkan dan memberikan kekuatan kepada PAS Perak.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri, Misbahul Munir Masduki menganggap program itu menjadi gelombang bagi menawan semula negeri Perak daripada Umno-BN.

Sambutan begitu besar telah terbukti, terutamanya di program ceramah perdana oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di majlis sambutan 60 tahun PAS itu.

Daripada pengamatan saya, setelah meninjau beberapa kawasan di Perak, kelihatan ‘mood’ rakyat amat jelas untuk memilih kembali Pakatan Rakyat dalam PRU13 – sebagai kesinambungan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah dan demokratik pada PRU 2008.

Dalam hal ini mereka sentiasa mengingat Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sebuah nama besar dalam politik bukan saja di negeri Perak bahkan di peringkat nasional, justeru beliau adalah juga AJK PAS Pusat dan sangat popular dan berkarisma.

Beliau dipilih oleh Majlis Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Pakatan setelah memenangi PRU12 dulu, hinggalah sejarah hitam pada 6 Februari 2009, yang akan diingat lama oleh rakyat Malaysia. Beliau mentadbir negeri dengan penuh adil dan mesra rakyat. Ustaz Abu Bakar bersama Ir Nizar yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya 1 serta pimpinan negeri berusaha keras untuk mengembalikan semula pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

Pimpinan negeri, seperti Mustafa Shaari, Dr Khairudin Malik, Dr Khalil Idham Lim, Asmuni Awi, dan Zawawi Hasan adalah antara pemimpin yang menjadi tonggak kekuatan PAS Perak dengan didukung oleh pimpinan kawasaan dan cawangan.

Saya masih ingat akan ucapan Dr Khairudin di Muktamar Tahunan PAS beberapa tahun lalu yang begitu mengesankan, membayangkan tahap intelektualnya yang tinggi sebagai pemimpin parti dan gerakan Islam.

PAS Perak memiliki sejumlah pimpinan berkualiti, terdiri daripada ulama, profesional dan aktivis veteran yang sangat berpengalaman. Malah ia bermula daripada Hizbul Muslimin, gerakan Islam pimpinan Abu Bakar Baqir di Gunung Semanggol pada tahun 40-an dan 50-an, di mana dari aspirasi perjuangan Hisbul Muslimin inilah yang mencetuskan idea penubuhan PAS.

Dalam satu temu ramahnya baru-baru ini, Ustaz Abu Bakar menyatakan bahawa Perak mempunyai beberapa keistimewaan di mana, antaranya, bumi Perak menjadi tempat kedua PAS berkembang apabila cawangan yang pertama di Perak di tubuhkan iaitu Cawangan Kuala Kangsar pada 10 April 1952.

Cawangan ini diketuai oleh Tuan Guru Abdul Samad Noh, diikuti Cawangan Kerian pada 6 Julai 1952. Sehingga Januari 1953, PAS turut mempunyai cawangan di Beruas, Selama, Telok Anson (kini Teluk Intan), Titi Serong dan beberapa daerah di Hilir Perak.

Perak juga pernah menjadi tuan rumah Kongres PAS yang pertama di Maahad Yahyawiah, Padang Rengas dalam tahun 1952. Kemudiannya Kongres PAS ke-2 berlangsung di Madrasah Al Ulum, Bagan Datoh pada 25 - 28 Ogos 1953 di ikuti oleh Madrasah a-Tahzib ad – Diniah, Titi Serong pada 12 – 14 Ogos 1954 yang berjaya membuat keputusan memisahkan PAS daripada pengaruh Umno. PAS menjadi penyambung perjuangan daripada Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948.

Hari ini PAS Perak telah menggerakkan seluruh jenteranya, siang dan malam, untuk menghadapi PRU13. Di samping kerja keras, malamnya bermunajat, memohon Allah SWT memberikan kekuatan untuk mencapai kemenangan.

Namun dalam mengamati gerak kerja pilihan raya ini, saya sentiasa teringat akan pesan tokoh ternama PAS, Almarhum Ustaz Hasan Shukri yang memberitahu bahawa PAS negeri – bukan Perak saja – supaya berusaha keras menambah cawangan sebanyak mungkin.

Almarhum memberitahu saya ketika kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dulu bahawa antara faktor penting untuk PAS mencapai kemenangan maka sesuatu kawasan mestilah banyak cawangan. Kalau dapat di setiap kampung, bagaimana jauhnya di pedalaman, ada cawangan PAS.

Saya yakin, hal ini sentiasa ada dalam pemikiran dan tindakan bukan saja oleh PAS Perak, tetapi di negeri lain juga.

Baginya, ‘pertarungan’ menang-kalah dalam sebarang pilihan raya bermula battlegroundnya daripada cawangan, justeru segala persiapan mestilah bermula daripada cawangan. Banyaknya cawangan bermakna akan lancar gerak kerja pilihan raya.

Saya yakin PAS Perak kini sedang berkembang dengan baik, segar dan mampu menghadapi cabaran. Dengan persiapan yang cukup, insya-Allah PAS Perak akan mampu mengulangi kemenangannya seperti pada masa lalu.

Namun jangan lupa dengan jasa dan pengorbanan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang dengan pimpinannnya bersama dengan seluruh pendukung PAS Perak dapat mencapai kemenangan dalam PRU12 yang lalu.

Beliau sangat tegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan ini akan dirakam dalam sejarah perjangan PAS.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111