" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 15, 2011

Kelantan, Pulau Pinang wajar saling belajar

Oleh Dinsman

BERITA Harakahdaily akhir Oktober melaporkan ucapan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di Pulau Phttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsCtzdWpRjKhUsicvha_2wKAyNYZb_CYnDGu5J24ZMM5G-N0W3fe3FS93IHCzETUd8ikBmsVPghYe5sErUcloPajDdHTXDx_kJqwUmaxOyzCbrOgAPzHGOZVjckM5J3HUiMdTwtteijCQ/s320/nik+azizi+mkn+2inang, mengingatkan saya kepada tulisan kolum ini pertengahan 2008 lalu mengenai andaian kalau Tok Guru menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sekadar andaian sahaja. Untuk melihat kualiti kepemimpinan TG Nik Aziz apakah hanya sesuai untuk negeri seperti Kelantan yang penduduknya lebih 90 peratus beragama Islam, ataupun sesuai juga untuk negeri yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam seperti Pulau Pinang

Andaian itu dibuat tentulah terbit daripada keyakinan saya terhadap kepemimpinan TG Nik Aziz yang berasaskan pada tuntutan al-Quran dan Sunnah; dan bahawa kebijaksanaan al-Quran dan Sunnah itu bukan sahaja terbatas kepada umat Islam, tetapi meluas kepada umat manusia seluruhnya, termasuk juga bukan Islam.

Berita Harakahdaily yang saya maksudkan itu bertajuk “Semuanya selamat apabila al- Quran disanjung”, ditulis Mohd Sabri Said, pemberita Harakah Pulau Pinang.

Ia melaporkan: Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan muallaf.

TG Nik Aziz berkata demikian dalam ucaptama majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

TG Nik Aziz juga dilaporkan berkata: Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan muallaf yang ramai, sekali gus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.

Paling menarik bagi saya ialah apabila Tok Guru menegaskan bahawa Islam didatangkan untuk semua kaum, maka al- Quran perlulah dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam, selari dengan konsep dakwah Rasulullah s.a.w.

TG Nik Aziz juga mengulangi pandangan yang selalu dikemukakannya bahawa al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang termasuk kenegaraan dan pemerintahan, agar negara berada dalam rahmat Allah SWT. Negara akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.

“Bila al-Quran disanjung, semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandungannya,” kata TG Nik Aziz.

Kita mengharapkan kehadiran Menteri Besar Kelantan dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu akan merapatkan lagi hubungan antara dua ketua pentadbir negeri yang berbeza keturunan dan agama, tetapi berkongsi banyak persamaan dalam perjuangan untuk pemerintahan yang adil, berkebajikan dan tiada rasuah.

Rasanya belum pernah kita mendengar seorang ketua pentadbir bukan Islam seperti Lim Guan Eng yang selalu berkata bahawa beliau mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz dan bersetuju dengan prinsip amar makruf nahyi mungkar yang diajar Islam.

Maka saya rasa tidak salahlah kalau dalam perkara tertentu pihak kerajaan Nik Aziz pula mencontohi aspek-aspek kebaikan yang terdapat dalam amalan pentadbiran pimpinan Lim Guan Eng, yang belum dicapai pentadbiran negeri Kelantan.

Misalnya dalam urusan kewangan, khasnya soal bayaran yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan negeri kepada pihak kontraktor atau kepada mana-mana jua pihak yang perlu dibayarnya. Pengalaman saya sendiri dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat mengkagumkan. Bayaran dibuat dalam tempoh seminggu sahaja.

Dan apabila saya nyatakan penghargaan kepada seorang pegawai kewangannya, dia menyatakan bahawa itu memang sudah menjadi amalan biasa mereka, dan pada ketika itu mereka dalam proses untuk mempercepatkan lagi bayaran kepada tempoh tiga atau empat hari sahaja. Itu pengalaman saya pada bulan September 2009.

Apa pun, bayaran dibuat dalam tempoh satu minggu, itu sudah cukup memuaskan. Jauh lebih memuaskan daripada kebiasaan yang saya alami dengan pihak (tertentu) pentadbiran di negeri Kelantan. Tanpa menafikan ada juga berlaku pembayaran dibuat dalam tempoh kurang seminggu.

Memang saya difahamkan negeri Kelantan mempunyai peraturan dan permasalahannya yang tersendiri dalam hal urusan kewangan, yang agak berbeza daripada negeri-negeri lain. Namun walaupun begitu saya fikir sepatutnya masih ada ruang untuk memperbaikinya.

Urusan kewangan Islam itu bukanlah selesai dan sempurna apabila riba berjaya dihapuskan sahaja. Tetapi ada banyak permasalahan lain yang perlu diperhatikan. Dalam soal tempoh membuat bayaran kepada pihak yang perlu dibayar, misalnya, adalah satu perkara yang sangat penting.

Melambatkan bayaran akan memberi atau menimbulkan banyak implikasi yang kurang berkebajikan, malah berkemungkinan akan memudaratkan pihak yang menunggu bayaran tersebut.

Alangkah baik dan indahnya sistem kewangan Islam itu, kalaulah urusan pembayarannya dapat diefisyenkan sepertimana dalam pentadbiran di negeri Pulau Pinang.

Itu sekadar satu contoh sahaja. Saya fikir tidak ada salahnya kalau apa-apa yang baik dibuat oleh salah satu negeri Pakatan Rakyat itu dicontohi negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Kita saling belajar dan saling mencontohi. Sepertimana Lim Guan Eng tidak segan silu mengakui dia mencontohi Umar Abdul Aziz!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111