" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, November 17, 2011

Kelibat Wahid Endut di stadium..

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Masih belum terlambat untuk diajukan sekalung tahniah buat Kelab Anak-Anak Terengganu Penyokong PAS di Perantauan (Perantau) di atas peranan besar dimaihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXlCw3tRS9BSzwourfpWrQHRIbLjH9QvsLtdoyuZYVY3lyxB-qA-MNVsglv8uHXTQHZ3jLUDqqsF4N8clXygwhfwi_vybZryZSHczmWgulZjLrSLJy46ykKdAmHV-LtreuleZwyF4f8RU/s1600/DSC_0107.JPGnkannya sehingga memudahkan Mohd Abdul Wahid Endut hadir menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kehadiran Pesuruhjaya PAS Terengganu itu di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, 29 Oktober lalu tidak syak lagi menghasilkan imej dan implikasi politik sangat signifikan, khususnya dalam konteks negeri penyu itu.

Sebab itu biar pun peristiwa itu telah berlalu lebih dua minggu, bual bicara mengenainya masih kedengaran. Paling menepati jangkaan dan matlamat ialah apabila kehadiran wakil rakyat PAS itu mendapat reaksi agak tidak menyenangkan daripada pemimpin tertinggi Umno Terengganu sendiri.

Kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam itu yang sama-sama berpeluh di celah puluhan ribu penyokong pasukan hitam-putih pada malam itu sememangnya menepati slogan “Merakyatkan Perjuangan” dilaungkan PAS Terengganu sejak beberapa tahun mutakhir ini.

Tanpa protokol, tanpa dikepung puluhan pengawal pengiring, tanpa kerusi empuk mahu pun kipas angin, Abdul Wahid tetap mendapat perhatian istimewa penonton dan juga petugas media malam itu.

Sedari awal kemunculannya di pekarangan stadium beliau telah diberikan sambutan hangat. Para penyokong yang mengenali beliau berebut menghulurkan salam. Mereka mengalu-alukan kehadirannya seraya mengucapkan tahniah di atas pendekatan “mesra anak muda” itu. Ada yang mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan di sisi beliau. Malah ada juga yang mengibarkan bendera ‘bulan’ yang mereka bawa bersama.

Cerita bergambar mengenai suasana sambutan hangat itu tersebar luas. Laman-laman sosial milik para pendukung PAS dan Pakatan Rakyat bagaikan membuat ‘lintas langsung’ kehadiran Abdul Wahid bersama beberapa pemimpin PAS Terengganu dan Perantau di stadium itu.

Tidak cukup setakat itu, sebuah tabloid harian edisi Terengganu pada 4 November malah memperuntukkan satu halaman penuh untuk peristiwa itu. Dengan subtopik “Wakil PAS turut penuhi Stadium Shah Alam”, laporan itu memaparkan tidak kurang 11 keping gambar membabitkan Abdul Wahid dan bendera PAS.

Layanan dan publisiti “istimewa” itulah yang barangkali amat mengganggu Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said. Lalu bagi melunturkan kredit politik diraih parti lawannya di kalangan penyokong Terengganu itu, beliau cuba membayangkan seolah-olah selama ini pihaknya tidak mencampur adukkan sukan dengan politik.

Hampir dua minggu Ahmad memendam rasa dan menjeruk perasaan terhadap perkembangan yang mencabar wibawa politiknya itu. Akhirnya, tabloid harian edisi Terengganu, Rabu (9 November) memetik kenyataan beliau yang melahirkan rasa terkilannya kerana ada pihak didakwanya cuba mempolitikkan sukan bolasepak negeri itu. Beliau dilaporkan merujuk kes bendera parti PAS dibawa dan dikibarkan di stadium malam tersebut.

Malangnya, beliau tidak terhenti setakat itu. Bagi menggambarkan kononnya gelagat penyokong PAS itu membawa kesan buruk kepada sukan itu, Ahmad semacam cuba mengaitkan PAS dalam isu pergolakan melanda Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), khususnya berhubung status presidennya, Datuk Che Mat Jusoh.

Bekas Speaker Dun Terengganu itu berdepan desakan meletakkan jawatan oleh para penyokong pasukan penyu yang kecewa di atas kekalahan pasukan tersebut. Beliau didakwa sebagai faktor utama berlakunya salah pengurusan PBSNT sehingga mendorong kepada kekalahan tidak sepatutnya di tangan Negeri Sembilan malam itu.

Satu demonstrasi membabitkan lebih 1,000 penyokong tegar pasukan Terengganu berlangsung di Kuala Terengganu, 4 November. Selain memungut tandatangan hadirin dan mereka yang lalu-lalang, pihak penganjur juga mengumumkan lima resolusi bagi diberikan perhatian oleh kerajaan negeri, khususnya Ahmad selaku Menteri Besar.

Paling mengejutkan ialah apabila wakil penganjur demonstrasi itu dilaporkan sempat memberikan kata dua kepada pemimpin Umno itu. Sama ada beliau mengambil tindakan segera menyelesaikan kemelut melanda PBSNT seperti yang didakwa itu, atau berdepan kemungkinan hilang sokongan golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Ada orang nak main politik dan calarkan imej Datuk Che Mat Jusoh”, tabloid pada 9 November memetik reaksi Ahmad.

Siapa pun pihak dimaksudkan Ahmad itu, apa yang pasti sukan bolasepak telah terbukti sukar dipisahkan dengan politik. Ia sekali gus membuktikan betapa penangan kehadiran pemimpin PAS ke stadium malam tersebut memberikan impak politik berpanjangan.

Sekali lagi tahniah buat Perantau dan semua pihak terlibat merealisasikan agenda “Politik Harapan Baru” itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111