" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, November 17, 2011

Apabila gantung Aziz Bari dengan tali reput

Oleh Subky Abdul Latif

PROF. Dr. Aziz Bari yang digantung dengan tali reput dari jawatannya di UIAM telah dipulihkan.Dia bukan tidak jadi digantung. Dia sudah digantung. Tetapi penggantunghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig_syhVLXjMiCe7kojLRuNVSHdGS9uAlqGf36nMkZf4dT8RKTBI3awPlYwBYR6L05J2YmepyaPCI2RnxBWUCJiagIcfjHH8bWE4qeyydvPft1BmtQ3SGBhZH6pIb8eHQAxmI7Xf3C85HE/s1600/Rope_by_PNu.jpgan dua tiga hari itu tidak terpakai.

Sebab?

Kalau Perdana Menteri Najib dan UIA itu barang tersenarai di papan bursa saham, sahamnya jatuh tersungkur di pasaran saham gara-gara penggantungan Dr. Aziz Bari itu.

Bukan saham itu saja yang jatuh! Jatuh teruk sama Menteri Pelajaran Tinggi, Khalid Nordin dan Puan Rektor UIA yang mengeluarkan perintah gantung itu.

Hanya yang melambung sahamnya di bursa saham ialah Timbalan Menteri Nordin, Saifuddin Abdullah yang tidak setuju dengan tindakan itu malah menyuarakan supaya ia ditarik segera.

Dari segi semangat dan kebebasan berfikirnya, Saifuddin Abdullah dilihat sama dengan Dato Zaid Ibrahim yang meletak jawatan menteri kerana tidak setuju tindakan ISA dikenakan MP DAP Teresa Koh, seorang waratawan Cina dan seorang lagi.

Bezanya Zaid letak jawatan menteri dan keluar UMNO tetapi Saifuddin tidak letak jawatan dan tidak keluar parti. Mangsa ISA itu ditahan tiga empat hari saja dan Dr. Aziz pun jadi mangsa tiga empat hari juga.

Tidak diketahuk Najib ada saham atau tidak dalam pemecatan itu. Justeru di bawah pentadbirannyalah Dr. Aziz digantung maka terpikullah beban itu kepadanya, baik puncanya dari dia atau tidak. Tetapi orang percaya Puan Rektor itu mesti mendapat isyarat dari atas.

Kerana UIA itu di bawah kementerian Khalid Nordin, celaka tindakan itu terpikul juga padanya. Bersamalah bahu Najib dan bahu Nordin mengandar beban pemecatan itu.

Dengan itu ternampaklah Timbalan Menteri Saifuddin lebih mulia dari Perdana Menteri dan menterinya. Fikirannya lebih terbuka dan berjiwa besar. Akan fikiran dan jiwa Najib dan Nordin nampak sehalus kuman. Eloknya Saifuddin saja menggantikan menteri Nordin.

Manakala Aziz Bari pula muncul sebagai profesor besar, seagung nama profesor terdahulu seperti Za’ba, Ungku Aziz dan Jomo. Sekalian profesor yang banyak cakap dalam media habis dihempap di bawah bursa saham yang jatuh itu.

Patutnya Prof. Aziz tiada gangguan lagi tetapi politik dunia ketiga payah diramal. Saddam dan Gadafi adalah jelas diktator dan keras. Maka menikus rakyat oleh mereka. Akan Najib belumlah dia dinamakan diktator bahlah lembut selembut semut. Tetapi menikus juga semua kepadanya.

Tinggal Prof. Aziz saja yang tidak menikus.

Moga-moga Aziz Bari terus mengajar seperti biasa dan kekal menjadi pengkritik zaman. Memang dia dilihat besar di universitinya. Dengan ujian yang dilaluinya menjadikan dia lebih besar dari Puan Rektornya.

Puan Rektor itu tidak banyak publisiti sebelumnya. Tidak begitu diketahui di luar kampus. Tiba-tiba dengan tindakannya baru sekalinnya tahu bahawa rektor Universiti Islam itu seorang wanita. Malangnya penonjolannya itu adalah melalui cara yang tidak popular. Ia suatu yang kalang baginya.

Dia dipercayai tidak bertindakan sendiri. Sama ada dia diarahkan atau ia adalah darinya sendiri, tindakannya itu menjadi kampun dan sekalian pembuat dan penjaga dasar kampus itu tercalar dan tercemar.

Kejadian itu tidak elok bagi tuan-tuan politik di ambang PRU yang sudah dekat. Masa ini tuan-tuan politik mahu mengelokkan nama dan pentadbirannya. Kalau dulu buruk, sekarang dimandikan supaya bersih segala yang buruk itu. Tidak elok saat ini mereka itu comot.

Tanda tangan Puan Rektor itu telah mencomotkan mereka. Apa pun wibawa Puan Rektor telah tercemar. Para siswa yang tidak sukakan kekangan akta universiti memang berbulu mata melihat pembesar universiti. Orang bebas di luar kampus kalau boleh tidak mahu jadi guru besar universiti zaman ini.

Bagi orang politik yang bencikan Aziz, tiada sedikit pun peduli akan segala susah payah pengendali kampus. Pada mereka Aziz mesti dihukum. Apa jadi pada yang menjalankan hukum, ia adalah masalah bagi orang makan gaji, apa lagi gaji itu besar. Tangngunglah sendiri.

Dengan memecat Aziz dan kemudian mengambilnya balik, memayahkan ketua kampus untuk menjalan khidmat dengan selesa. Bila wibawa sudah tercemar, tiada lagi keselesaan menjadi seorang ketua.

Jauh lebih senang jadi pengajar biasa. Itulah susahnya jadi orang besar bagi bagi mana-mana jabatan di negara dunia ketiga yang demokrasinya separuh masak dan kemerdekaannya pun separuh masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111