" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, November 17, 2011

Kemenangan buat perjuangan mahasiswa

Oleh : SYAHREDZAN JOHAN

Isu empat anak muda yang dikenali sebagai ‘UKM4’ begitu dekat di hati saya. Dua kali sebelum ini, saya menulis di ruangan ini tentang perjuangan mereka. Maka, keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari yang membenarkan rayuan mhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkeU0ZDPPxSYjdq0gF9BC4zeOCxFHh1veKoLKbNFiVDDbpF2dL2G93aHpfZCJ18S6ir_QMJSdqtZ5coe23IFGsEW4V6pvAj1nrAVgN5zH3GMPd9Q8fY7slN8wT8j3Z3fnHESi7YzDUda1U/s1600/mahasiswa.jpgereka dan mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai bercanggah dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan begitu diraikan.


Ia satu kemenangan untuk perjuangan mahasiswa membebaskan diri daripada kongkongan beberapa peruntukan AUKU yang represif dan tidak demokratik. Sebelum ini, saya ada mengatakan bahawa sukar untuk meramal kemenangan UKM4 dalam rayuan, tetapi nampaknya apa diharapkan menjadi kenyataan.

Untuk rekod, Seksyen 15(5)(a) AUKU melarang mana-mana mahasiswa daripada menyatakan sokongan atau simpati atau menentang mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau luar negara.

Larangan ini telah lama dikecam kerana membuahkan situasi tidak masuk akal, di mana seseorang mahasiswa itu boleh berkahwin, memasuki kontrak, menjadi pengarah syarikat dan memandu kenderaan, tetapi dilarang secara undang-undang untuk memberi pandangan politik. Malahan, ia juga bermakna mahasiswa yang cukup umur tidak boleh membuang undi semasa pilihan raya, kerana ini sudah tentu boleh dikatakan sebagai sokongan terhadap parti politik.

Dengan menggunakan kayu ukur munasabah (reasonable) Mahkamah Rayuan telah mempertimbangkan, sama ada larangan di bawah Seksyen tersebut adalah larangan yang dibenarkan untuk kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan. Sekiranya tidak, maka mengikut Perkara 4(1) Perlembagaan, peruntukan itu adalah terbatal sejauh mana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

Mengikut kayu ukur ini, Mahkamah Rayuan melalui keputusan majoriti 2-1 memutuskan, bahawa peruntukan tersebut melanggar kebebasan bersuara dan oleh itu tidak mengikut Perlembagaan.

Manakan tidak? Jika kita mahu melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan bertaraf dunia, apa rasionalnya menyekat kebebasan mereka memberi pandangan tentang politik? Tidak munasabah sekiranya mahasiswa disekat dalam amalan demokratik asasi ini.

Kesan keputusan tersebut bermakna peruntukan itu tidak boleh digunakan lagi selepas ini. Ia bukanlah hanya sekadar ‘pendapat’ Mahkamah, seperti didakwa oleh seorang menteri sebelum ini. Keputusan itu mengikat dan walaupun ia masih kekal dalam Akta, kesannya ialah mahasiswa kini boleh menyatakan sokongan atau tentangan terhadap parti politik.

Situasi ini kekal sehinggalah kerajaan atau pihak universiti merayu kepada Mahkamah Persekutuan, dan Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan tersebut. Keputusan ini sebenarnya mempunyai kesan begitu luas, jauh membatasi UKM4 sendiri. Ia merupakan keputusan yang dirasai di setiap menara gading dan merangkumi mahasiswa di seluruh pelosok negara.

Saya berharap pihak kerajaan dan universiti tidak akan meneruskan rayuan. Tekapkan telinga pada laki lima dan dengar suara anak muda yang inginkan kebebasan bersuara. Ini selaras dengan niat Perdana Menteri kita untuk memberi ruang-ruang demokratik yang lebih luas kepada rakyat.

Malah, kerajaan boleh mengambil langkah positif dengan memansuhkan terus larangan menyertai parti politik yang termaktub dalam Seksyen 15(1) AUKU melalui Parlimen. Peruntukan tersebut masih beroperasi, kerana cabaran mahkamah hanyalah terhadap Seksyen 15(5)(a) Akta tersebut.

Kepada empat anak muda yang berjaya membawa perubahan undang-undang, syabas! Siapa sangka hikayat agung perjuangan mahasiswa ini telah menghasilkan babak yang begitu menarik sekali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111