" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 29, 2011

Melaksanakan dakwah berhikmah

Oleh Abdul Shukur Harun

Ketiga-tiga tokoh pembicara dalam program ‘Multaqa Dakwah’ di Taman Melewar baru baru inhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKuJ41q7KiYngQCoea8Jt0b-ReYMga6IqinrSZ3vX9d6TIqjWNbLWXADG9z443DGTYC7WhrYsAbKPjd48XgrwBOfOtXcQeNrgeOVsOZm6ba4Qp3F0NUFfsoJYRNKCfUgP3SjperO-JzVE/s400/mat-sabu.jpgi merumuskan bahawa dakwah dan penerangan PAS mestilah dilaksanakan dalam suasana penuh hikmah seperti yang dilakukan di masa lalu.

Pendekatan ini disarankan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad di program tersebut anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah itu.

Menurut mereka, pendekatan dakwah dan penerangan secara bijaksana ini sangat berkesan, justru ia berdasarkan pesan Al-Quran dan contoh yang ada dalam sirah Rasulullah s.a.w.

Saya mengamati ucapan penutup Haji Muihamad Sabu untuk mendengar pesan-pesan penting dari tokoh aktivis popular ini yang sering mengupas isu-isu semasa yang sangat diminati ramai.

Di majlis Multaqa Dakwah itu, beliau segera mengubahg suai nada ucapannya dari yang biasa - hanya mengupas isu-isu semasa yang hangat dengan suaranya bagaikan gelombang - kepada pesan penting dari seorang tokoh nombor dua dalam pimpinan PAS. Haji Muhamad Sabu ternyata bukan saja sebagai pemidato terkenal, crowd-puller – yang boleh menarik perhatian ribuan pendengar, bahkan juga sebagai pemimpin yang berstrategi, pemikir dan tepat bacaan politiknya.

Beliau mempunyai pandangan jauh dan terbuka, seorang demokrat. Inilah, saya kira, pemimpin politik Islam yang diperlukan masa kini. Lebih-lebih lagi Muhamad Sabu telah berjaya melepasi pelbagai ujian getir dalam perjuangannya.

Dalam ucapannya itu beliau mengharapkan para pendakwah dan jentera penerangan PAS berlaku bijaksana, menjadi contoh peribadi Muslim yang baik dan pendukung gerakan Islam. Beliau mengambil contoh peribadi dan pendekatan dakwah Tuan Guru Haji Nik Aziz yang dilihat sangat berjaya menarik perhatian rakyat – Muslim dan non-Muslim.

Baginya, PAS telah mencapai kejayaan besar justru pendekatan terkini yang diambilnya menyebabkan suasana berubah, di mana kebanyakan sikap orang bukan Islam kini tidak lagi memusuhi PAS.

Perkembangan ini, katanya, memudahkan para pemimpin dan pendukung parti mendekati golongan bukan Islam di tanah air.

Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan Tahaluf Siasi yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli PAS dijadikan rakan oleh orang bukan Islam.

"Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya.

Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini.

Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang sesuai, yang tentunya pendekatan itu berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid dan surau.

Muhamad Sabu mengingatkan, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula, katanya, ahli PAS perlu menggunakan pendekatan berbeza selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam.

Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli PAS, Insya-Allah, akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti.

Ucapan perasmian oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang telah memberikan pandangan mengenai konsep ‘Negara Berkebajikan’, bukan negara kebajikan seperti apa yang difahami oleh sesetengah pihak. Beliau berharap pendakwah memberikan penerangan yang tepat mengenai ‘Negara Berlebajikan’ iaitu berasaskan kepada keadilan untuk semua, di mana kepimpinan Islam dan perpaduan kaum berasaskan kepada hubungan kemanusiaan yang diwajibkan oleh Islam.

“Rasulullah menyelamatkan kaumnya dengan Islam hingga terpaksa berperang dengan kaumnya sendiri yang tinggal di Madinah. Tetapi apabila berkuasa, Rasulullah tetap adil untuk semua dan ini menjadi ciri penting negara berkebajikan. Bukan diasaskan dengan semangat perkauman (kebangsaan).”

Bangsa Arab, kata Presiden PAS itu, dijadikan teras negara awal di Madinah dengan syarat berpegang teguh dengan ajaran Islam secara menyeluruh, yang menjadi ciri negara berkebajikan. Ini, katanya, berbeza dengan Umno yang pemimpinnya beragama Islam tetapi dengan semangat kebangsaan di mana Islam hanya agama secara terhad tanpa menyeluruh dijadikan dasar sama seperti yang diamalkan di zaman penjajah, hingga penganutnya tidak boleh menjadi contoh Islam sebenar.

Dalam hal ini beliau menyeru pendukung PAS supaya menjelaskan konsep negara berkebajikan ini dengan jelas dan mengolahnya secara bijaksana.

Pembentangan kertas kerja Tuan Ibrahim Tuan Man di Multaqa tersebut mengingatkan saya kepada uslub dakwah yang ditampilkan oleh murabbi PAS di tahun-tahun 80-an dan 90-an, Ustaz Yahya Usman, yang juga menekankan kepada pentingnya pendakwah PAS menjadi role-model, contoh terbaik kepada masyarakat di samping berdakwah dengan bijaksana.

Namun oleh kerana kertas Tuan Ibrahim ini ditulis pada masa kini, tentunya beliau banyak menghuraikan pendekatan tambahan dalam dakwah dan menyusun strategi real politic, sesuai dengan perkembangan masa kini di segi terutama dalam interaksi politik dan kemasyarakatan. Namun pada asasnya dakwah kedua-dua tokoh ini adalah sama, berasaskan Al-Quran dan Sunnah serta contoh-contoh dari para sahabat dan pejuang Islam masa lalu.

Kertas kerja Tuan Ibrahim ini juga sangat bermanfaat dan wajar dihadamkan oleh pendukung PAS. Hendaknya kertas kerjanya ini dicetak lebih banyak supaya dapat lebih ramai dimiliki oleh pendukung PAS.

(Pandangan saya mengenai kertas kerja Dr, Dzulkifly Ahmad di Multaqa itu, yang juga sangat mengesankan, Insya-Allah, akan saya berikan dalam tulisan akan datang). Saya memerhatikan ramai yang menyertai Multaqa Dakwah ini dari kalangan veteran PAS yang masih istiqamah dengan perjuangan, di samping generasi muda. Saya percaya, kiranya pandangan semua tokoh pembicara ini dapat difahami dan dihadamkan sepenuhnya, tentu saja akan memberikan manfaat besar kepada para pendakwah dan petugas penerangan PAS.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111