" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 15, 2011

Muhyiddin dan Tahun Kebankrapan

Oleh Maclean Patrick

Pendirian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin "Pertama Melayu, Kedua Malaysia" telah pun merosakkan imej beliau di mata ramai rakyat Malaysia, tetapi beliau dan penasihat beliau sama sekali tidak percaya akan itu.

Mereka merasakan bahawa dengan memainkan sentimen perkauman, mereka masih boleh menang di Malaysia - sebuah negara yang mempunyai hampir 40 peratus penduduk bukan Melayu termasuk pribumi, Cina, India, Benggali, Pakistan, Eurasia dan banyak lagi kumpulan minoriti kecil yang lain.

Ini boleh jadi sandaran beliau untuk membantu beliau merebut jawatan presiden Umno daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pemilihan parti tahun depan.

Tetapi ia pasti tidak akan membantu mengubah arah penurunan jangka panjang Malaysia yang secara kebetulan bermula apabila ayah Najib, Abdul Razak Hussein mengambil alih sebagai Perdana Menteri kedua pada tahun 1970. Pada masa itulah dasar tindakan afirmatif bernama Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan tetapi ianya telah pun berubah seraya mengkhianati maksud asalnya untuk mengagihkan kekayaan negara kepada golongan miskin, tetapi sebagai pemberi manfaat kepada Umno terutama golongan pemimpin, ahli keluarga mereka dan kroni-kroni mereka.

Berapa lama boleh Muhyiddin bertahan?

Setelah beberapa tahun berlalu, beliau masih belum kenyang dan berehat seperti ular sawa yang sudah penuh, tetapi, ketamakkan beliau menjadi lebih teruk. Beliau tidak lagi mengambil beratus-ratus ribu tetapi beratus-ratus juta. Dan kini, jika anda tidak mempunyai sebilion dua, anda tidak layak digelar golongan elit Umno.

Semasa menjadi ketua menteri di Johor, beliau dituduh menerima rasuah secara besar-besaran, tetapi kerana sokongan kuat di bahagian-bahagian Johor, beliau dinaikkan pangkat ke menteri Kabinet persekutuan dan bukannya diserahkan kepada agensi anti-rasuah. Inilah cara permainan dalam UMNO dan BN sejak 1957, setelah merdeka daripada jajahan British.

Ini juga menjelaskan kenapa Muhyiddin merasakan beliau mempunyai peluang baik dengan menghidupkan semula semangat nasionalis di kalangan orang Melayu di negara ini, bukannya membuka minda masyarakat dan meyakinkan mereka untuk menjadi yang lebih inklusif. Analisis beliau nampaknya salah sama sekali.

Beliau gagal menyedari hakikat bahawa kekayaan negara telah hampir habis untuk beliau rebut-rebutkan lagi. Beliau juga enggan mengambil iktibar daripada Perdana ke-5 Menteri Abdullah Badawi dan ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kedua-duanya apabila sampai ke penghujung pemerintahan lebih kelihatan seperti badut kerana kebodohan mereka memilih untuk tidak memerangi pelampau tetapi minoriti yang berkuasa dalam Umno.

Berapa lama boleh Muhyiddin bertahan? Najib mungkin telah bersetuju untuk memberi laluan kepadanya tetapi jika Najib terpaksa membuat pusingan U dengan cuba menghidupkan dan meliberalisasikan ekonomi dan masyarakat, adakah Muhyiddin rasa beliau boleh berjaya dengan bersandarkan keengganan beliau mengakui hak-hak orang bukan Melayu? Adakah dia menyangka bahawa dengan melakukan itu beliau dapat dilihat sebagai pembela orang Melayu?

Jika dia berbuat demikian, pasti Malaysia akan bankrap sebelum 2019. Dapatkah dibayangkan sekiranya Muhyiddin dan geng sayap kanan beliau berjaya mengambil alih negara. Mereka ini masih hidup dalam dunia di mana mereka fikir tiada siapa pun boleh memberitahu mereka apabila mereka membuat tipu daya. Justeru tidak sedikit pun kredibiliti yang tinggal.

UMNO MLM

Umno-BN adalah seperti skim penipuan MLM gergasi. Yang terbaik dan yang menciptanya ialah Mahathir. Abdullah Badawi juga telah berjaya mendapatkan habuan yang baik, begitu juga dengan Najib. Tetapi Muhyiddin malangnya akan ditinggalkan dengan bayi! Dan, dia berhak mendapatnya.

Pada bulan Mac 2010, beliau menimbulkan kontroversi dengan menyatakan beliau "Melayu" pertama dan bukannya "pertama Malaysia". Beliau mempertahankan kenyataannya dengan menyatakan bahawa tidak salah untuk kaum-kaum lain merasakan yang serupa. Jadi, orang Cina boleh mendakwa diri mereka sebagai "orang Cina yang pertama, kedua Malaysia" sama juga untuk orang India.

Orang-orang yang berfikiran bahawa tiada apa-apa yang teruk akan wujud hasil daripada kenyataan seperti itu haruslah mempertimbangkan bahawa bagi setiap tindakan, terdapat reaksi. Sudah terdapat berjuta-juta cauvinis bukan Melayu di bandar. Jika anda menggunakan api untuk melawan rakyat anda, sudah tentu mereka akan menggunakan api untuk memerangi anda kembali. Kemudian, Muhyiddin mungkin akan memikiran bahawa tidak mengapa, kita masih boleh menang kerana kita melebihi mereka dan keris berada di sisi kita. Sekarang, fahamkah anda mengapa pelabur akan lari jika Muhyiddin menjadi PM Malaysia, manakala mereka mungkin tidak akan peduli jika dia hanya presiden Umno!

Bagaimana pula dengan membiarkan Najib untuk terus memerintah? Adakah anda sudah gila? Mungkin kita boleh lihat ia dengan cara ini - bagaimana rakyat Malaysia mahu mati? Kematian yang lebih perlahan, lebih menyeksakan tetapi pasti-sepasti fajar akan menyinsing, aka cara Najib dan Rosmah? Atau dengan cepat dan kurang menyakitkan seperti serangan jantung secara tiba-tiba, yang merupakan cara Muhyiddin? Masih ada lagi pilihan lain, iaitu Pakatan Rakyat, dan Umno hanya ada wira palsu seperti Muhyiddin dan Mahathir yang telah mewarnai parti tersebut. Lihat sahaja, tempat sudah menjadi semakin sempit untuk mereka.

Menghalalkan rasuah?

Jangan silap, Muhyidden Yassin sebenarnya menanti masa sahaja. Beliau menjarakkan dirinya daripada penipuan Najib dan Rosmah. Beliau mengambil dan memilih isu untuk diulas dan beliau memastikan dirinya kekal kukuh di sebelah kanan. Seperti yang telah dikatakan, ini adalah baik untuk menjadi presiden Umno, tetapi tidak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia di mana hampir 40% daripada rakyat adalah bukan Melayu.

Salah satu kesilapan besar Muhyiddin adalah isu PPSMI, di mana keputusan beliau telah diolah semula oleh bos besar - Mahathir. Beliau telah membenarkan Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris semula. Ini menunjukkan beliau sama sahaja seperti Najib. Peristiwa ini telah mendedahkan kelemahan Muhyiddin.Tanpa wajah perkauman, beliau tiada apa –apa. Mungkin tiada bakat malah lebih rendah inteleknya daripada Najib.

Tetapi TPM tidak berputus asa. Sudah dia mengarahkan audit dilakukan atas penggunaan Bahasa Malaysia dan kita hampir pasti beliau akan menyokong penulisan semula Sejarah, memburuk-burukkan LGBT dan juga menghalalkan rasuah demi memenangi hati pemimpin-pemimpin UMNO yang tamak.

Reformasi versi yang amat berbeza

Di bawah Muhyiddin, politik perkauman, agama dan seksual mungkin akan terus menjadi modus operandi Umno-BN. Satu kaedah yang berkesan untuk menakut-nakutkan orang Melayu justeru mengekalkan cengkaman kuasa Umno. Ini adalah taman permainan Muhyiddin, di mana beliau cemerlang sebagai oportunis induk. Taktik untuk menggulingkan dan menjatuhkan pesaing-pesaing politik bukan perkara baru kepada manusia ini. Bukankah dengan cara ini beliau naik dalam politik?

Beliau pernah mengatakan bahawa pelan peralihan Abdullah Ahmad Badawi pada 2010 adalah "terlalu panjang".Semasa pilihan raya umum 2008, TPM berjaya mengekalkan kerusinya, tetapi beliau terkejut dengan keputusan pilihan raya tersebut. Beliau kemudian melaungkan reformasi tetapi apa yang dimaksudkan sebagai reformasi sangat berbeza dengan reformasi Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Reformasi Muhyiddin tidak bermakna demokrasi yang lebih besar tetapi yang kurang. Reformasi tidak bermakna keadilan sosial atau kesaksamaan kaum, tetapi lebih besar ketidakadilan dan ketidaksamaan.

Sekarang, kerana tidak ada orang lain lagi di minda ahli-ahli Umno, Muhyiddin bagi mereka adalah pilihan yang jelas untuk menggantikan Najib atau untuk menggulingkan Najib. Masih kurang jelas sekiranya orang Melayu dalam Umno akan bangun dan sempat untuk menyelamatkan diri mereka dari kejatuhan. Jika ini berlaku, kaum yang paling sengsara ialah orang Melayu.Mereka bukan sahaja membentuk sebahagian besar penduduk tetapi dengan melibatkan diri dengan sentimen perkauman, ketaksuban agama dan sebagainya, mereka akan menjadi kaum yang paling kurang mobiliti dari segi profesionalisme di negara ini.

Tidak, Muhyiddin tidak ada bezanya dengan rakan-rakannya. Sebagai permainan dalam skim MLM Umno yang dimulakan oleh ayah Najib dan diperbesarkan oleh pemain utama seperti Mahathir dan Muhyiddin - jika beliau berjaya menjadi PM – beliau akan berada di puncak bab satu dalam sejarah Malaysia yang baru - Tahun Kebankrapan.

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111