" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, December 27, 2011

Jangan guna media musuh pertikai PAS!

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru semua pihak dalam PAS agar tidak lagi menggunakan media milik musuh untuk memperkatakan masalah dalam parti.

Dalam satu kenyataannya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyeru supaya perselisihan pandangan di selesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

Beliau optimis, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ‘ribut kecil’ yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya-Allah,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat 21 Disember yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak,” tegasnya dalam satu kenya taan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato’ Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS barubaru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.

“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato’ Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,” ujarnya.Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap citacita murni PAS itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111