Oleh Bara Jiwa
“Siapakah Sang Munafik itu?” demikian guru agama kami bertanya sebaik saja memasuki kelas. Ketika itu aku masih di sekolah menengah rendah, mungkin dalam tingkatan dua.
Ya, guru agama kami yang sering bersyarah tentang pelbagai tajuk selain daripada apa yang termaktub dalam sukatan pelajaran itu, ingin tahu tanda-tanda sang munafik.
Waktu itu tak ada yang memberikan jawapan.
“Apakah tandanya bahawa seseorang itu munafik?” ulangi Cikgu agama sambil menapak ke kiri dan ke kanan di depan kelas. “Tanda-tanda munafik itu begini:
Apabila berjanji dia mungkir, apabila bercakap dia berbohong dan apabila diberikan amanah, dia khianat.” Beberapa waktu kemudian aku menemui ayat-ayat seperti lain dalam Surah Al-Baqarah (2: 9-10, 12-14, 200 – 201, 204) tentang perangai dan sifat mereka yang munafik ini.
2.Sejak dulu lagi kegamatan pertempuran Pas dan Umno merebut trofi Juara Islam tidak pernah reda walaupun perlembagaan negara kita sudahpun memaktubkan bahawa Islam itu agama rasmi negara dengan klausa tambahan bahawa agama-agama lain bebas diamalkan. Kita dapat perhatikan bagaimana siri-siri pergelutan untuk menjadi juara Islam itu semakin sengit, lebih-lebih lagi setiap kali tibanya musim pilihan raya.
Ertinya setiap kali negara kita di ambang pilihan raya umum, pertandingan merebut Sang Juara Islam ini diulangi. Entah bersenjatakan nasihat pakar Islam mana, atau mungkin atas nasihat dan dorongan pakar strategik yang tertentu, pada suatu hari yang terang benderang tanpa hujan tanpa ributnya, tiba-tiba saja sejarah rentap-merentap dalam menentukan siapakah juara tulen dan pembela sebenar Islam ini telah memasuki fasa kejutannya ―
seorang Perdana Menteri mengisytiharkan ― dengan lantang sekali ― sesungguhnya negara ini adalah negara ‘Islam’ yang sebenar.
Pengisytiharan ini dikira menjadikan pukulan maut kepada Pas. Ertinya parti Islam itu telah kalah total kerana tertinggal dalam perebutan menjadi Sang Juara.
Pengumuman ini membuat ramai politikawan yang terlondeh. Yang terlondeh dan terkapa-kapa ini termasuk para kerabat kental BN sendiri. Apakah tuan masih ingat segala reaksi ketua-ketua parti komponen BN akibat pengisytiharan penuh kejutan ini? Ya, apakah yang telah mereka lakukan? Adakah Chua Soi Lek (yang belum Presiden ketika itu) lakukan? Apakah orang besar MCA ini serta merta ajurkan seminar hudud? Jika kita salah ingat, para pemimpin parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan sunyi dan sepi. Mereka menikus. Masing-masing mencawat ekornya lalu bersembunyi di balik kandang.
Yang cukup lantang dan begitu keras memprotes bahawa ini adalah negara sekular ialah Karpal Singh dari DAP. Apa pun yang terjadi kemudiannya, semenjak itu maka sahlah dan rasmilah ‘keIslaman’nya negara kita.
3.Ya, di permulaan abad ke-21 ini kitalah di antara negara Islam di dunia ini.Ya, kitalah Negara Islam kaya lambang dan jenuh label Islam itu, sebuah negara Islam diterajui pula oleh puak puaka politikawan pemerintah yang rata-rata bukan saja begitu selesa ― malah begitu percaya dan yakin sekali dengan amalan serta kaedah politik Machiavellinya. Pertentangan nilai yang kononnya menjadi panduan dan pegangan itu rupa-rupanya tidak serasi dengan pelbagai amalan songsang di dunia yang nyata. Ini menyebabkan kecelaruan yang maha dahsyat. Ya, kecelaruan-kecelaruan akibat ketidakserasian serta pertentangan nilai Islam dan kehendak nafsu (real-politik?) yang mereka ciptakan menjadikan seluruh struktur kepimpinan itu benang-benang kusut yang sudahpun bersimpul mati. Sebagai contoh lihatlah bagaimana satu ketika dulu seorang politikawan terbesar Negara Islam ini berhujah ― untuk dihormati, orang-orang Melayu (1) mestilah kaya raya.
Sebagai tambahan dia juga berhujah bahawa bahasa sesuatu bangsa itu dihormati jika bangsanya kaya raya. Falsafah ini dibentangkan secara terbuka dan meluas kepada seluruh negara. Hujah bahawa sesiapa yang miskin dan melarat tidak mungkin dihormati telah memacu segala Melayu, khususnya Ketua-ketua Bahagian untuk cepat-cepat kaya.
Maka perlahan-lahan tanpa syak mereka pun berpura-pura dan berlakon. Dan demi kelangsungan hidup yang berserabut, mereka telah ramai-ramai memilih memakai pakaian munafik.Apakah tuan tidak percaya betapa absurdnya halatuju kita? Ketika falsafah itu dibentangkan adakah sesiapa yang bangun menyanggah bahawa itu adalah teori karut lagi bejat? Bahawa falsafah pembangunan manusia Malaysia seperti itu adalah karut itu tidak boleh dipakai dan bahawa teori seumpama ini tak sewajarnya keluar dari mulut seorang pemimpin.
Malangnya biar pun betapa karut dan tidak masuk akalnya gagasan seperti itu, maka kekayaan juga yang mereka kejari. Maka ketua-ketua Bahagian mestilah kaya cepat untuk dihormati. Maka mereka semua berlumba-lumba untuk mejadi kaya raya supaya dipilih menjadi calon.Saban hari mereka pun makan dan minum angka pasaran saham, sepuas-puasnya.Yang menjadi pemimpin teruja melihat sahamnya mencanak di pasaran.
4.Sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan, para pemimpin yang mesti kaya supaya mereka dihormati in, perlulah melengkapkan diri sepenuhnya sebagai persediaan menjadi calon. Mereka juga nilaitambahkan diri masing-masing dengan kualiti tambahan yang diperlukan sebagai ahli-ahli politik, mereka value-add dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Ertinya untuk dipilih, mereka bukan saja mesti kaya@berduit supaya mampu menyuap para perwakilan yang bagaikan buaya yang lapar tetapi mereka juga mestilah hebat berbohong.
Ahli-ahli politik jenis ini sentiasa saja berbohong kepada khalayaknya dan mereka berbohong berulang-ulang kali seolah-olah apa yang mereka bohongi itu tidak mungkin membawa maksud lain kecuali kebenaran belaka. Ini bermakna langam berbohong, penipuan, putar-belit dan konspirasi ala Machiavelli telah mereka angkat sebagai satu yang wajar. Oleh sebab keterlaluan gemarnya mereka berbohong, akhirnya mereka sehingga menjadi ketagih yang amat sangat berbohong.
5.Sebagai penutup kita petik bahagian ini, kisah seorang Komunis yang selalu dituduh sebagai anti Tuhan itu:
Even Chin Peng had his side of the stories as told in his book, ‘My Side of History’ (2003) – a 527-page ‘recorded journey of a man who opted to travel along a different road to pursue a dream he had for his country’. Reading his ‘journey’ makes us understand how stoic this man was and how he stuck strong to his principles till the end of his struggle. Leaders – good or bad – are often ‘successful’ due to their strong character.Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kisah pexxxxx di dalam rumah itu, silalah baca: Mahathir's side of history: As they say, liars are sightless yang ditulis oleh Moaz Nair,
Malaysia Chroniclehttp://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=25052:mahathirs-side-of-history-they-say-liars-are-sightless&Itemid=2 http://barabarajiwa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment