Oleh ramziredang
"Bila perbalahan terbuka berlaku antara hasan UG dan mustafa UG,masing masing mula telanjang dan menampakkan kemaluan masing masing, barulah ada sedikit jawapan kenapa si mustafa UG macam berubah seratus peratus dari UG. Kini mustafa UG menuduh Hasan UG terjerat dengan agenda UMNO.
Sebenarnya dari kalangan ahli bawahan PAS, bukanlah hairan sangat jika Si Hasan UG bersikap seperti sekarang kerana ahli bawahan telah lama 'kasyaf'. Pemimpin atasan mungkin belum sampai ke tahaf kasyaf kerana diselubungi 'husnu dzhon'. Entah dari mana 'husnu dzhon' ini diambil dari sejarah Islam, hinggakan baru setahun jagung dia diangkat sebagai pesuruhjaya PAS selangor.
Kini rasanya dia dengan hebat mula melempar najis kepada orang orang UGnya sendiri yang kononnya selama ini husnu dzhon terhadap hasan UG. Timbul persoalan di kalangan kita, kenapa begitu giat si Hasan UG berbuat bermacam macam onar tetapi tidak ada tindakan disiplin ke atasnya?
Apa istimewanya dia? Kenapa terlalu lambat perlu membuat keputusan bahawa dia perlu dihadapkan ke lembaga disiplin?
Kenapa perlu si mustafa UG keluar di sidang media dan membuat ugutan terbuka dengan menyatakan dia tahu 'apa si hasan UG buat selepas solat terawih yang lalu'.Mustafa UG mungkin ingin mengugut hasan UG secara sulit supaya berdiam diri tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Si hasan UG pula yang mengugut si mustafa UG dengan menyatakan bukan dia yang bertemu pemimpin UMNO tetapi si mustafa yang berjumpa dan ingin berjumpa dengan pemimpin UMNO.
Menyedari ugutan hasan UG lebih berkesan dan boleh menjadi senjata kembali menikam mustafa UG, mustafa UG memberi jawapan ringkas kepada wartawan, dia sudah mintak maaf dan tidak mengkritik dasar negara kebajikan PAS maka isu ini dianggap selesai.
Begitulah betapa bodohnya mustafa UG menganggap fikiran orang bawahan. Segala yang menjadi hiruk pikuk ludah najis yang dipalit hasan UG, dengan mudahnya si mustafa UG mengharapkan orang bawahan menelannya, semudah berkata "Isu dianggap selesai".
Namun bagi penulis, ianya tidak semudah itu bagi hasan UG. Senjata sudah semakin kukuh di tangannya. Dia ada agendanya. Dalam diri hasan UG sudah runtuh segala motivasi yang selalu dia ajar kepada semua yang dimotivasinya.
Dulu dia selalu menyeru kepada orang, supaya menyebarkan sifat sifat positif dan membuang sifat sifat negatif. Kini dia sendiri akan menyebarkan segala sifat sifat negatif.Dia telah bermula dengan menyebarkan kepada pihak musuh bahawa PAS telah lari dari agenda Islam yang sebenar.
Dia juga mempersoalkan kenapa PAS sekarang sudah menolak kepimpinan ulama (dari kacamata dirinya).Timbul lagi persoalan dalam fikiran, kenapa pula dia sebut pasal kepimpinan ulama? Kalau betul mahukan ulama menjadi pemimpin, dikategori mana dia berada sekarang, profesional atau ulama?
Jika betul dia ingin mengangkat ulama maka ternyata perlantikan dirinya sebagai pesuruhjaya PAS selangor yang lalu adalah satu kesilapan yang sangat besar dan mula mula berlakunya perubahan menolak ulama.
Sepatutnya pada masa itu dia kena bermati matian menolak perlantikannya pada masa itu. Melainkan pada masa itu dia merasakan dirinya adalah ulama.Pada saya, si hasan UG tidak menyebutnya secara bersahaja tanpa ada apa apa tujuan, melainkan jugak satu luahan sulit dari si kalangan ulama ulama UG.
Keluhan yang menyatakan pimpinan PAS sekarang enam puluh peratus adalah dari kalangan profesional, adalah juga keluhan dari kalangan ulama yang merasa diri mereka terancam. Ada juga seorang 'ulama stroke' dengan cepat memuji seseorang kerana menggeluarkan perkataan kononnya tetap kekal bersama jemaah sedangkan pada masa yang lain tidak pernah menegur bila orang yang sama menyebut PAS telah lari dari perjuangan asal.
Dengan mudahnya pula setengah pihak menyebut 'alhamdulillah' bila si hasan UG menarik balik kritikan terhadap kerajaan berkebajikan tetapi pada masa yang sama memejam mata kepada segala onar hasan UG yang lain.
Muncul juga si pemuda UG yang cepat cepat membela kekandanya bila kekandanya diserang kononnya itu satu teguran yang memecah belah sedangkan pada masa yang sama dia sendiri sangat buta terhadap agenda memecah belah yang sedang berlaku, (dan yang pasti si UG sendiri sudah berpecah dua)
Nyatalah di sini apa yang bakal berlaku tidak mudah dipadam begitu sahaja, tetapi saya percaya akan ada babak babak yang makin menarik dan menggemparkan negara. Semuanya akan dimain dan dilakonkan oleh pelakon pelakon UG.Suasana ini akan pasti semakin hebat berlaku jika sekiranya tarikh PRU ke 13 diumumkan. Apa yang mampu kita buat hanyalah....biarkan si UG-UG terjun dengan labu labunya, hanya kepada Allah lah tempat kita berserah. "
No comments:
Post a Comment