" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, December 27, 2011

Pudu Sentral perlu didebat MBM, bawah raja-raja

Oleh H FANSURI

SAYA pulang desa menempuh Pudu Sentral. Depan Hotel Ancasa, baharulah jelas tertera kalimat Pudu Sentral terpahat di dinding bangunan itu. Bila jelas maka baru boleh buka cerita lama.

Selagi mata belum nampak jelas, maka sulit hendak menulis. Najib Razak baru-baru ini bermakan malam dengan Pena dan apakah hal Pudu Sentral disentuh dalam majlis itu, tidak saya ketahui.Pada 16 dan 17 Disember , ada keraian deklamasi sajak di Pulau Pangkor anjuran kerajaan haram Perak.Saya hadiri juga festival itu sebelum ini.

Maka dalam perbentangan Dato’ Baha Zain, termuat gagasan menubuh Majlis Bahasa Melayu (MBM) yang, menurutnya sepatutnya ia diletak di bawah Majlis Raja- Raja Melayu. Semoga dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong yang baharu dari Kedah ini, maka majlis itu boleh bertindak lebih tegas!

Dalam kes pembunuhan Ibrahim Libya di Memali pada 1985, Sultan Kedah tidak senang dengan tindakan rakus Umno ini. Walau Ibrahim dituduh ‘bughah’ tapi baginda tetap hadir ke pengkebumian para syuhada’ itu. Arwah Ustaz Fadzil Noor berkata, “Jika Ibrahim penderhaka, kenapa sultan hadir kuburnya?”

Kononnya, Kedah cuti Jumaat kerana limpah perkenan baginda juga walau Umno mahu cuti seperti kehendak pentadbiran BN di persekutuan yang kufur itu. Sekali imbas, Agong yang baharu ini lebih akrab kepada PAS.

Semoga badan persatuan penulis akan lebih akrab sama kepada baginda bertujuan ingin menegakkan maruah bahasa yang dicalarkan Najib Razak, khasnya dalam hal penjenamaan Pudu Sentral ini.Arakian, jika hajat dan usul Dato’ Baha Zain itu menjadi kenyataan, iaitu MBM sudah terletak di bawah Majlis Raja- Raja Melayu, maka badan persatuan penulis mungkin boleh membawa hajat perjuangan bahasa itu sebagai agenda Raja-Raja Melayu juga.Jadi, MBM atas perintah Agong, boleh mengeluarkan perintah ke atas Najib Razak untuk mengembalikan semula Pudu Sentral ini kepada Pudu Raya.

Dan jika Najib masih ketegar dan degil, lalu Najib itulah penderhaka, ‘bughah’ (pemberontak) dan layak diperangi oleh rakyat semua, sama ada melalui jalan kekerasan revolusi dengan bantuan revolusioner di Putrajaya nanti, ataupun dengan melalui jalan lembut, iaitu pilihan raya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111