" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, December 16, 2011

Tujuh dan tengkujuh

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

TATKALA Umno mengadakan persidangan tahunannya minggu lalu, Kuala Lumphttp://farm8.staticflickr.com/7033/6505288915_13c88fb491.jpgur sering dilanda hujan lebat pertengahan tengahari. Adakalanya hujan berlarutan sehingga jauh ke tengah malam.

Memanglah bulan Disember sering dikaitkan dengan musim tengkujuh. Ketika ini angin Monsun Timur Laut yang berhembus dari Laut China Selatan bermula pada bulan November membawa hujan lebat di sekitar garisan pantai Timur Semenanjung.

Secara tradisional, angin berkenaan jarang sekali membawa awan yang mengandungi hujan sehingga jauh ke pantai Barat dan mengakibat hujan.

Tapi hari ini, angin pun sudah pandai ‘angin’. Betullah sebagaimana yang disebut oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam perhimpunan partinya itu, “business is not as usual.” Secara tradisional, sesuatu pilihan raya umum bukanlah satu peristiwa yang menggabrakan Umno.

Bagi Umno, menang tetap menang, cuma berapa kerusi sahaja yang mungkin tidak berjaya rebut. Soal mempertahankan kerusi Parlimen dan Dun yang telah dimenangi dalam pilihan raya terdahulu, tidak timbul sama sekali. Begitulah keyakinan tradisional Umno. Tapi hari ini kalau angin pun boleh ‘angin’ begitu juga nasib Umno.

Walau tidak ada pemimpin Umno yang menyebut kebarangkalian Umno akan kecundang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 secara jelas dan langsung, namun rata-rata, mood perhimpunan kali ini seolah-olah cukup dipengaruhi dengan rasa ketidakkeyakinan yang tinggi ini.

Selain daripada retorik biasa yang sudah menjadi semacam ‘trademark’ Umno serta percubaan terhadap pembunuhan watak atau ‘character assassination’ yang dilakukan terhadap beberapa orang pemimpin parti pembangkang oleh Presiden ketika ucapan penggulungannya, tidak ada apa-apa yang baru.

Ahli-ahli Umno khususnya meng- harapkan pemimpin mereka akan melahirkan sesuatu yang konkrit untuk dijadikan bekalan bagi menghadapi PRU-13, dan umum pula amnya meramalkan pemimpin Umno daripada Presiden sehinggalah ketua sayapsayap parti akan setidak-tidaknya menggambarkan pre-manifesto sebagai intaian kepada apa yang bakal diperolehi oleh rakyat secara menyeluruh sekiranya Umno- BN kembali berkuasa.

Namun harapan dan jangkaan mereka terus meleset. Begitupun ibarat melepaskan batuk di tangga, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin sempat juga memberikan apa yang disebutnya atau difahami oleh media mereka sebagai ‘tujuh ramuan pastikan Umno, BN menang PRU13.”

Walaupun bunyinya macam memang ada tujuh ramuan tetapi hakikatnya ia seperti cuma ada satu ramuan sahaja. Ramuan yang mahu dikira oleh Muhyiddin sebagai kesemuanya berjumlah tujuh itu sebenar boleh dirumuskan menjadi satu iaitu perlu ada kesepakatan dalam Umno.

Dalam menyebut tujuh ramuan ini beliau seolah-olah berlegarlegar dalam semak, pi mai pi mai tang tu juga.

Muhyiddin tidak mahu ada pemimpin Umno yang akan merosakkan parti disebabkan ‘frust’ akibat tidak dicalonkan; beliau mahukan setiap pemimpin bekerja dengan rela hati untuk rakyat, setiap pemimpin menjadi pemain yang baik dalam satu pasukan atau ‘good team player’; dan bla bla bla.

Bagi Timbalan Presiden Umno ia macam memberikan preskripsi tongkat ali kepada seorang yang sudah hilang hampir seluruh tenaga.

Namun masalahnya apa yang cuba dikatakan oleh beliau bukanlah se- suatu yang baru. Ramuan ini bukanlah ramuan ajaib yang, jika diambil boleh serta-merta mengembalikan tenaga dan memulihkan kemampuan Umno untuk berjuang dalam medan yang semakin sulit dan getir buat mereka.

Tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun betapa apa yang dikatakan oleh Muhyiddin itu adalah betul dan telah diperkatakan oleh sekian banyak pemimpin Umno sama ada yang masih aktif dalam parti ataupun yang telah lama pencen.

Seperti ubat dan ramuan lain, ia mungkin akan hanya menjadi mujarab dan berkesan sekiranya diamalkan. Tetapi sekiranya diambil sesekali, hatta sebotol sekali ambil pun tak ada gunanya.

Tidak juga dapat dinafikan betapa apa yang melanda Umno bukan sekadar tahap stamina yang sudah lama pudar tetapi juga dihinggapi pelbagai penyakit, sama ada yang diketahui mahupun yang tidak di- ketahui.

Pada peringkat parti, ia sudah lama bermula, malah sejak sebelum PRU12 lagi. Ia membarah dan menjadi tokak yang semakin lama semakin sukar untuk diperbaiki.

Walaupun dulu, kini dan selamanya Umno mengamalkan budaya pelik seperti politik wang dan lobi melobi di antara sesama sendiri sehingga mencetuskan perbalahan dalam skala yang tidak ada tolok bandingnya, wabak yang melanda Umno kini lebih banyak berpunca daripada segelintir pemimpin Umno yang berjawatan dalam kerajaan.

Merekalah yang telah merosakkan Umno dengan, bukan sahaja tindak-tanduk mereka yang tidak sepatutnya tetapi dilihat sebagai terlalu lemah dalam mentadbirkan kerajaan.Justeru sekiranya ramuan tujuh Muhyiddin ini dipakai atau diamalkan sekalipun menjelang PRU13, Umno tidak mungkin dapat mencatatkan kecemerlangan lama. Masalahnya sebagaimana yang bakal dinilai oleh pengundi bukan lagi terletak kepada keadaan Umno per se, tetapi segelintir pemimpin Umno dalam kerajaan serta pemimpin pelapis Umno dan kualiti serta ka- liber mereka itu yang semakin tandus dan tumpul.

Seperti kata pepatah Melayu, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit. Dan rakyat semakin mengetahui siapakah kerbau yang dimaksudkan itu.

Kini apabila hujan musim tengkujuh kian melanda, maka semakin banyak lumpur yang boleh dijadikan tempat kerbau berkubang. Ia sesuatu yang lumrah dan jangankan tujuh ramuan, 70 ramuan sekalipun tidak mungkin dapat mengubah keadaan.

Ramalan cuaca: PRU13 dikatakan akan diadakan dalam bulan Mac iaitu tidak lama selepas perayaan Tahun Baru Cina. Menurut ramalan Jabatan Kaji Cuaca, dalam bulan ini, selain Angin Monsun Timur Laut yang akan terus bertiup, terdapat pula Angin Monsun Barat Daya yang akan memburukkan lagi keadaan. Maka nampaknya bertengkujuhlah Umno kali ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111