" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, December 16, 2011

Polemik dalaman PAS, garis politik akhirnya dilukis

Oleh Amin Iskandar

Sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan, cerita-cerita tentang perkahwinan polithttp://politikharian.com/wp-content/uploads/2011/02/pas-koyak.....jpgik diantara PAS dan Umno tidak pernah berhenti.

Di negeri Selangor, diberitakan terdapat usaha untuk mengahwinkan kedua musuh tradisi bagi membentuk kerajaan kononnya untuk memastikan hak orang-orang Melayu terbela.

Begitu juga di negeri Perak, terdapat juga usaha yang sama. Sayang seribu kali sayang.

Tahun 2008 bukanlah seperti tahun 60an atau 70an dahulu dimana retorik politik Melayu laku untuk dijual.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak seuntung ayahnya. Dahulu arwah Tun Abdul Razak mampu untuk menarik PAS menyertai Barisan Nasional (BN).

Kini, tidak mudah lagi bagi Najib untuk mengulangi kejayaan ayahnya kerana keadaan semasa tidak lagi seperti dahulu.

Dari mula cerita tentang kerajaan perpaduan diantara Umno-PAS keluar sehinggalah hari ni, nama bekas timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Exco Negeri Selangor, Dr Hasan Ali tidak henti-henti disebut.

Kedua-dua pemimpin ini dilihat sebagai fraksi “Umno” di dalam PAS. Pada mulanya kedudukan mereka begitu kuat di dalam parti. Nasharuddin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai Pesuruhjaya Selangor — negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Garis politik dilukis

Pemilihan kepimpinan PAS dalam muktamar lalu menyaksikan “signal” jelas daripada ahli parti tersebut. Majoriti ahli-ahli PAS tidak mahu perkahwinan dengan Umno.

Nasharuddin tersungkur ditangan ayam sabung PAS, Mohamad Sabu. Hasan Ali tidak dipilih semula sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib mengumumkan bahawa Hasan Ali tidak mendapat cukup pencalonan dari cawangan-cawangan parti tersebut untuk melayakkan beliau dipilih semula sebagai calon kerusi DUN Gombak Setia.

Akhirnya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali — diketahui umum sebagai orang kuat Presiden PAS — mengatakan Hasan dan Nasharuddin terperangkap dalam agenda Umno.

“Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

“Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti,” kata beliau.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar lebih keras lagi. Katanya PAS tidak akan menghalang Hasan Ali untuk keluar parti dan menyertai Umno kerana parti tersebut percaya kepada demokrasi.

“Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

“Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa,” katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu Datuk Asri Muda pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa adalah wira bagi Umno. Utusan Malaysia dan TV3 menyokong kuat kedua-dua ahli politik tersebut. Di dalam politik tidak begitu susah untuk menilai.

Apabila musuh politik menyokong sesuatu perkara — dilakukan oleh sesuatu kelompok dalam kumpulan kita, sudah pasti apa yang dilakukan itu menguntungkan mereka dan merugikan kita.

Persoalan Melayu dan Islam hanyalah “Ajinomoto” untuk menyedapkan cerita. Akhirnya kepimpinan PAS melukis garis politik jelas. Perkahwinan dengan seteru politik zaman berzaman tidak mungkin berlaku saat ini.

Hasan dan Nasha gagal untuk melaksanakan misi mengahwinkan PAS dan Umno. Tambahan pula dengan barisan kepimpinan seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar, ianya tidak mungkin berlaku.

Apabila Mustafa yang mesra dengan panggilan Cikgu Pa juga telah bersuara, Hadi pasti senada. Hasan dan Nasha pati akan dikenang sebagai pemimpin yang gagal untuk mengahwinkan PAS dan Umno.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111