" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, December 29, 2011

Usahlah Menyusahkan TGNA

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEMALAM saya ada melaporkan berita kecil tetapi penting mengenai kunjungan Dr Hasan Ali bersama Nasharudin Mat Isa terhadap Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya juga turut menyebut dalam kunjungan ia disertai oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Semalam tidak ada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu. Rupanya pertemuan semalam turut sama dihadiri oleh timbalan Mursyidul Am Haron Din.Apa saya difahamkan menjelang Maghrib, pertemuan itu berlangsung dalam keadaan mahabbah. "Semua yang keluar dari bilik Tok Guru nampaknya ceria dan muka berseri-seri," begitulah lapor sumber saya.Hari ini baru ada ualasan tentang pertemuan itu.

Nik Aziz memberi tahu pemberita dalam kunjungan itu Hasan Ali memohon maaf kepadanya atas keterlanjuran yang mempertikaikan kosnep negara berkebajikan yang menjadi dasar atau pun tema Pas hari ini.Kata Nik Aziz dia terharu atas kunjungan itu dan permohonan maaf oleh Hasan Ali itu. "Susah untuk orang memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan," kata Nik Aziz sambil menyatakan orang yang bersalah wajar meniru perbuatan Hasan Ali itu. Apakah masih ada orang yang berslaah dengan Pas atau Tok Guru itu yang masih belum meminta maaf?

Tidak dinyatakan apakah bekas timbalan presiden Pas (yang kini sukar untuk angkat telefon sejak kalah dalam perlawnan) berbuat perkara yang sama. Tetapi kita yakin pemergian secara pakej itu rombongan itu menjelaskan kepada Tok Guru mengenai apa-apa yang mungkin disalah anggap ataupun tidak jelas selama ini.Sebagai menyambut rasa gembria itu Tok Guru bercadang untuk mengadakan kenduri (hari ini) di JKR 10. Katanya Pas pusat juga perlu mengadakan kenduri kesyukuran atas selesainya pertikaian itu. Menjadi amalan Tok Guru bila selesai dari sesuatu masalah besar beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran. Masa isu Hudud selesai dan tidak berpanjang beliau menyarankan agar diadakan kenduri dan beri makan kepada ahli Pas dan rakyat Kelantan.

Saran beliau ahli Pas boleh mengeluarkan belanja untuk mengadakan kenduri berkenaan. Molek benarlah kalau Pas atau mana-mana pihak menyahut seruan dan cadangan Tok Guru itu. Buatlah kenduri besar (bewaoh) dan panggil semua yang bertelagah duduk semeja - meja vip. Panggil Mustapa Ali, Saari Sungip, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hasan Ali, Nasharudin Mat Isa, Nasrudin Hassan dan juga Nik Abduh. Biar mereka duduk semeja. Biar mereka bertentangan mata dan bersalaman. Sambil makan boleh berbual mesra dan sesekali mengilai dan ketawa.Kalau ini boleh dilakukan saya rasa orang paling gembira ialah Tok Guru Nik Aziz. Ahli dan penyokong Pas juga tentu gembira dan bahagia.

Kenduri itu nanti dengan 'occasion' yang saya maksudkan tadi boleh menghapuskan prejudis dan tanggapan buruk terhadap Pas ekoran pertelagan dua tiga hari lampau. Seperti mana kata Nik Aziz selepas Umno tidak boleh memperolok-olokkan Pas dan mengambil kesempatan atas pertelagahan.Molek benarlah saat pilihan raya hampir tiba semua ahli Pas yang bermasam muka dan bebuku hati selama ini membuang yang keruh dan ambil yang jernih. Semua patut senada dan seirama, sederap dan selengkap dan jangan hidup secara terpisah, bahaya.Dari sisi lain saya senak jiwa melihat apabila setiap kali ada pertelagahan di dalam Pas, kesudahannya akan dibawa kepada Nik Aziz. Nampak Nik Aziz yang mujarab untuk merawatkan Pas.

Kesian juga saya kepada Tok Guru kerana masih lagi kena melayan masalah-masalah yang tidak sewajarnya berlaku dan boleh diatasi dengan kematangan pemimpin.Lain kali diharap ahli Pas khasnya pemimpin akan berfikir banyak kali untuk bergaduh kerana pergaduhan mereka itu boleh menyusah dan membebankan Tokguruku itu. Kalau kita benar-benar sayang kepada beliau sebagai pemimpin kita janganlah membuat onar lagi. Tok Guru seperti Nik Aziz tidak layak untuk dipersembahankan dengan masalah sebaliknya apa yang perlu kita bawa kepadanya kegembiraan dan kebahagiaan kerana itu yang beliau dambakan. Titik. 

http://msomelayu.blogspot.com/ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111