" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 19, 2012

3 Kisah Dalam 1

Mayat lelaki ditemui di pembuangan sampah

GEORGETOWN 19 Jan. - Mayat seorang lelaki dipercayai berusia 50-an ditemui di kawasan pembuangan sampah di Bandar Sri Pinang berhampiran Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu hari ini.

Mayat itu ditemui oleh beberapa pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ketika menjalankan tugas pembuangan sampah pada pukul 8.30 pagi ini.

Polis berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Kita minta waris terdekat yang kehilangan ahli keluarga tampil untuk memberi keterangan dan menuntut mayat lelaki itu di Rumah Mayat Hospital Pulau Pinang,” kata jurucakap polis ketika dihubungi di sini. - BERNAMA

Penjual telefon bimbit bebas tuduhan dagang wanita Thai

KUALA LUMPUR - Seorang penjual telefon bimbit dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memperdagangkan 15 wanita warga Thailand bagi maksud eksploitasi seks, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Oleh itu mahkamah melepaskan dan membebaskan Leow Weng Seng, 37, daripada pertuduhan memperdagangkan wanita warga Thailand itu yang berumur antara 16 hingga 30 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di empat lokasi berlainan iaitu di dua buah rumah, sebuah premis dan satu unit kondominium di Taman Midah, Cheras di sini pada pukul 4.30 petang, 19 November 2009. - BERNAMA

Rapid Penang tambah 80 bas hujung tahun ini

GEORGETOWN - Syarikat pengangkutan awam, Rapid Penang akan menambah 80 buah bas untuk menyediakan kemudahan pengangkutan kepada orang ramai di 28 buah laluan sekitar bandar ini pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, Jamali Soaidin berkata, penambahan itu dibuat berikutan peningkatan penumpang secara mendadak kerana penutupan operasi beberapa syarikat bas henti-henti di negeri ini.

Beliau berkata, bas baharu berharga lebih RM600,000 sebuah itu telah ditempah dan dijangka tiba untuk beroperasi pada hujung tahun ini.

"Buat masa ini kita hanya tumpukan di kawasan pulau. Bagi kawasan Seberang Perai, penambahan bas akan dilakukan secara berperingkat,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pemberian limau dan coklat kepada penumpang Rapid Penang di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111