" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, January 13, 2012

Antara Ismail Kamus Dan Ust Nasha

alhussyen

Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Baca di sini

Syabas diucapkan kepada Datuk Ismail Kamus atas penafian dan ketegasan beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu.

Apa yang menariknya ialah ayat Datuk sebagaimana yang dilaporkan :

“Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan,”Begitulah reaksi Datuk Ismail Kamus bila dilaporkan hadir pada sidang media tersebut.

Beliau berasa amat aib dengan berita yang sekadar melaporkan kehadirannya. Beliau berasa nama baiknya telah dikotorkan kerana difitnah bersekongkol dengan Hasan Aqidah.

Namun yang peliknya, adalah atas kehadiran Ust Nasha pada malam tersebut. Walau pun beliau sepatutnya menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS ketika itu, beliau sanggup ponteng semata-mata untuk turut hadir dalam majlis P/C Hasan Aqidah dan memberi ucapan ringkas dengan penuh bersemangat.

Tengok dan hayatilah kata-kata nya di sini 

Antara Datuk Ismail Kamus dengan Ust Nasha , saya kira Datuk Ismail Kamus lebih lama mengenali Hasan Aqidah.Mereka begitu tersohor kerana Forum Perdana pada era 80-an dahulu bersama seorang lagi iaitu Datuk Harun Din.

Tetapi Nasha bukan main lagi bersungguhnya sewaktu memberi alasan keberadaannya disitu konon kerana telah lama kenal Hasan Aqidah. Datuk Harun Din pun lebih lama kenal Hasan Aqidah daripada Nasha kalau nak dibandingkan, tetapi beliau memilih untuk menghadiri mesyuarat kerana komited dengan jemaah.

Lain sungguh dengan kelaku Nasha ini. Begitu bertegas Datuk Ismail Kamus tidak mahu dibabitkan dengan 'ketidak senonohan' Hasan Aqidah. Nasha dilihat terhegeh-hegeh berkejar ke rumah Hasan Aqidah walaupun baru pulang dari luar negara.

Sesungguhnya Nasha sudah sedia ada alasan untuk tidak hadir pada majlis Hasan Aqidah kerana ada mesyuarat.

Apakah yang mahu Nasha buktikan kepada Ibrahim Ali dan beberapa bloggers Umno pada malam tersebut?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111