" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 19, 2012

Apa Sudah Jadi Selangor

WSK melapurkan:

SEBUT saja Selangor, pasukan lawan pasti gerun.Mana tidaknya, skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu mempunyai reputasi yang cukup megah dalam saingan bola sepak tempatan.

Status sebagai juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali sudah cukup untuk membuktikan betapa hebatnya cengkaman pasukan dari Lembah Klang itu.

Itu cerita dahulu. Sekarang, reputasi selaku kuasa bola sepak tempatan itu bagaikan semakin terpisah daripada skuad bimbingan Irfan Bakti itu.Tiada siapa menjangka Selangor akan tewas kepada pasukan kelab, Felda United dalam saingan Liga Super musim ini.

Adakah ia kejutan atau keputusannya sudah dijangkakan?

Pada perlawanan ketiga saingan Liga Super 2012 itu, Selangor tewas 0-1 kepada Felda United.Kekalahan tersebut meletakkan Selangor berada di tangga kelapan liga dengan empat mata dan prestasi tidak menentu skuad Gergasi Merah itu pada awal saingan nampaknya mula mencemaskan Irfan.

Kehebatan mereka ketika menewaskan Perak pada perlawanan kedua 14 Januari lalu gagal diteruskan dan keadaan itu jelas memeningkan Irfan menjelang pertemuan dengan Sarawak hujung minggu ini.

“Kami tidak boleh terus kehilangan mata. Kami perlu bangkit segera,” kata Irfan.

Menurutnya, mereka tidak rela lagi kehilangan mata pada aksi menentang Sarawak dan semua pemain harus mempergunakan sepenuhnya peluang beraksi di gelanggang sendiri.

“Kami perlukan tiga mata jika mahu terus berada dalam kelompok pasukan teratas liga.”Mengulas pertemuan dengan Felda United, beliau menyifatkan skuad kendalian E. Elavarasan itu bijak menyempurnakan peluang.

“Mereka ada kelebihan tersendiri dan pemain mereka telah mempergunakan sebaik mungkin kelebihan tersebut,” katanya.Menurutnya, Selangor dilihat mempunyai masalah dengan tindakan penyudah meskipun memperoleh banyak peluang tetapi gagal dijelmakan menerusi jentera serangan.“Masalah sebegini tidak harus berulang,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111