" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 19, 2012

Polis KL Sedia Kurangkan Jenayah Di Musim Perayaan

KUALA LUMPUR — Polis Kuala Lumpur bersiap sedia menghadapi musim perayaan bagi mengelak peningkatan kejadian jenayah sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata program tinjauan mesra di Setapak Prima hari ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan polis dengan orang awam kerana kerjasama mereka amat penting bagi mengurangkan kadar jenayah setempat.

"Program ini juga melibatkan profil kepolisan tinggi iaitu penglibatan pegawai tinggi polis yang turun padang untuk mengeratkan hubungan antara polis dengan orang ramai.

"Ini adalah untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap polis dan saya menggesa pemimpin tempatan dan ketua kaum untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini, dan polis sentiasa bersedia untuk melibatkan diri,” katanya pada sidang akhbar mengenai kempen pencegahan jenayah sempena balik kampung Tahun Baru Cina semalam.

Beliau berkata usaha tinjauan mesra dan profil kepolisan tinggi ini terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan merupakan dua aspek yang diberi penekanan untuk polis lebih giat menurunkan kadar jenayah dengan sokongan padu orang awam.

"Sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga kini, hampir 47 peratus kadar jenayah di sekitar ibu kota berjaya dikurangkan, dan saya berharap orang awam akan bekerjasama untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kejadian jenayah di sekitar mereka,” katanya.

Mohmad berkata jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas pada perayaan Tahun Baru Cina Isnin depan adalah mencukupi bagi melaksanakan tugas mencegah jenayah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bilangan anggota yang terlibat, Katanya, program itu akan diteruskan pada masa akan datang kerana sambutan orang awam yang amat baik sejak dianjurkan pada perayaan Aidil Fitri dan Deepavali lepas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111